awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah

Bernama
Bernama
21/10/2024
13:30 MYT
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Peguam Qantas dan TWU akan dikehendaki memasuki mediasi untuk menentukan jumlah pampasan akhir bagi baki pekerja yang terjejas. - Gambar fail/Reuters/David Gray
SYDNEY: Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19, menurut keputusan Mahkamah Persekutuan di Sydney pada Isnin, lapor Xinhua.
Mengikut keputusan itu, Qantas dikehendaki membayar pampasan dalam pelbagai jumlah kepada 1,700 bekas kakitangan daratnya.
Hakim Michael Lee memerintahkan bahawa tiga pekerja dalam "kes ujian" akan menerima pampasan berjumlah 170,000 dolar Australia (US$114,173.2).
"Saya berpendapat jumlah pampasan untuk kerugian bukan ekonomi mencerminkan kemudaratan yang dialami oleh setiap tiga individu berkenaan dengan cara yang wajar, adil dan rasional," katanya.
Peguam Qantas dan Kesatuan Pekerja Pengangkutan (TWU) akan dikehendaki memasuki mediasi untuk menentukan jumlah pampasan akhir bagi baki pekerja yang terjejas.
Pampasan itu akan dihadkan pada kira-kira 12 bulan gaji untuk pekerja.
Penolong Setiausaha TWU Nick McIntosh memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa kesatuan itu menjangkakan jumlah pampasan keseluruhan melebihi 100 juta dolar Australia (US$67.1 juta).
Mahkamah Tinggi mendapati pada 2023 bahawa Qantas melanggar undang-undang apabila ia menamatkan 1,700 pekerjaan di 10 lapangan terbang pada November 2020.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas keputusan Isnin, ketua eksekutif Qantas Vanessa Hudson, memohon maaf kepada bekas pekerja itu.
Keputusan ini dibuat selepas Mahkamah Persekutuan pada awal Oktober meluluskan denda 120 juta dolar Australia (US$80.5 juta) terhadap Qantas kerana menjual ribuan tiket untuk penerbangan yang telah dibatalkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Mahkamah Tinggi
#Qantas
#pampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan