awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah isytihar pendatang Yahudi pemilik tanah Palestin

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2018
12:47 MYT
Mahkamah isytihar pendatang Yahudi pemilik tanah Palestin
Mahkamah Israel memberi pengakuan undang-undang kepada penempatan Yahudi yang dibina tanpa kebenaran pemerintah. -Foto Sinar Harian
Mahkamah Israel telah memberi pengakuan undang-undang kepada sebuah penempatan Yahudi yang dibina tanpa kebenaran pemerintah Israel di atas tanah milik persendirian Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Menteri Kehakiman ultranasional Israel hari ini menyambut baik keputusan Mahkamah Daerah Baitulmaqdis, yang diumumkan lewat Selasa, berkaitan dengan Mitzpe Kramim, sebuah pos yang didirikan pada tahun 1999 berhampiran Ramallah dan kini menjadi tempat tinggal 40 keluarga Yahudi.
Kebanyakan negara menganggap semua penempatan yang dibina di atas tanah yang ditawan oleh Israel dalam perang Timur Tengah 1967 sebagai haram.
Israel membantah perkara ini.
Pendatang Mitzpe Kramim telah memohon mahkamah daerah pada 2013 untuk mengiktiraf dakwaan mereka terhadap tanah itu dalam usaha menafikan hak pemilik asal tanah berkenaan.
Mahkamah mengisytiharkan kumpulan pendatang Yahudi itu sebagai pemilik sah tanah berkenaan.
Ia menambah bahawa pihak berkuasa Israel tidak menyedari tanah itu dimiliki secara persendirian apabila mereka mula memetakan kawasan itu, di wilayah yang ditawan pada perang Timur Tengah 1967.
Sementara itu, jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah berkata semua penempatan yang dibina di kawasan tersebut adalah haram.
"Keamanan tidak boleh dicapai selagi penempatan haram terus dibina," katanya. -Reuters
Topic Berkaitan
#Israel
#mahkamah
#Mahkamah Daerah Baitulmaqdis
#Mahkamah Israel
#pemerintah Israel
#penempatan Yahudi
#tanah milik persendirian Palestin
#Tebing Barat
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan