awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Korea Selatan tolak permohonan pembebasan bekas Presiden Yoon

Bernama
Bernama
18/07/2025
22:10 MYT
Mahkamah Korea Selatan tolak permohonan pembebasan bekas Presiden Yoon
Pasukan peguam khas yang memulakan siasatan pada 18 Jun, sebelum ini memohon waran tangkap berasingan untuk menahan Yoon selama maksimum 48 jam bulan lepas, tetapi permohonan itu ditolak oleh mahkamah Seoul. - Gambar fail Reuters
SEOUL: Mahkamah Korea Selatan pada Jumaat menolak permohonan pembebasan oleh bekas Presiden Yoon Suk-yeol, sekali gus mengekalkan pemimpin yang digulingkan itu dalam tahanan sementara siasatan pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat masih dijalankan, lapor Xinhua.
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menolak permintaan Yoon untuk dibebaskan selepas menyemak kesahan penahanannya dalam perbicaraan yang diadakan awal Jumaat, menurut beberapa laporan media tempatan.
Lapan hari sebelum itu, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tahanan terhadap Yoon, yang dimohon oleh Cho Eun-suk, peguam khas yang mengetuai siasatan terhadap dakwaan pemberontakan dan tuduhan lain.
Tuduhan yang dinyatakan dalam waran termasuk menghalang keadilan, penyalahgunaan kuasa dan penyediaan dokumen rasmi palsu.
Pasukan peguam khas yang memulakan siasatan pada 18 Jun, sebelum ini memohon waran tangkap berasingan untuk menahan Yoon selama maksimum 48 jam bulan lepas, tetapi permohonan itu ditolak oleh mahkamah Seoul.
Waran tahanan yang baru dimohon adalah bagi mengekalkan Yoon dalam tahanan untuk tempoh lebih panjang, sekurang-kurangnya 20 hari.
Yoon ditahan di pejabat Presiden pada 15 Januari dan didakwa dalam tahanan pada 26 Januari sebagai suspek utama kes pemberontakan, tetapi dibebaskan pada 8 Mac selepas pihak pendakwa tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah untuk membebaskannya.
Mahkamah Perlembagaan kemudiannya meluluskan usul pemecatan Yoon pada 4 April berikutan cubaan melaksanakan pemerintahan tentera secara tidak sah pada Disember tahun lalu, secara rasmi menyingkirkannya daripada jawatan Presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah Korea Selatan
#Presiden Yoon Suk-yeol
#perintah darurat
#suspek utama
#kes pemberontakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan