awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Myanmar: Nasib Suu Kyi diketahui minggu ini

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2022
01:00 MYT
Mahkamah Myanmar: Nasib Suu Kyi diketahui minggu ini
Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu yang boleh dikatakan tokoh paling ikonik Myanmar telah disabitkan atas pelbagai kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 26 tahun dalam tempoh 12 bulan lalu. - Foto fail/REUTERS
MAHKAMAH Tentera Myanmar dijangka buat keputusan muktamad berhubung kes terhadap pemimpin Aung San Suu Kyi pada Jumaat.
Suu Kyi, 77, ditahan apabila tentera merampas kuasa pada 1 Februari tahun lalu yang menamatkan pentadbiran kerajaan awam dan menjerumuskan negara itu dalam keadaan huru-hara.
Beliau ditahan di penjara di Naypyitaw tanpa akses kepada peguam.
Sebelum perbicaraan beliau dikenakan tahanan rumah di lokasi yang tidak didedahkan.
Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu yang boleh dikatakan tokoh paling ikonik Myanmar telah disabitkan atas pelbagai kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 26 tahun dalam tempoh 12 bulan lalu.
Bagaimanapun perbicaraan itu ditolak oleh pengkritik sebagai bermotifkan politik.
Suu Kyi telah didapati bersalah atas kesalahan termasuk melanggar sekatan COVID-19, memiliki peralatan radio secara haram, hasutan, melanggar undang-undang rahsia negara dan cuba mempengaruhi Suruhanjaya Pilihan Raya Negara.
Mahkamah dijadual memutuskan lima kes rasuah terhadapnya, masing-masing membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Prosiding mahkamah Suu Kyi telah berlangsung secara tertutup dengan hanya maklumat terhad yang dilaporkan oleh media kerajaan.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#mahkamah tentera
#keputusan muktamad
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan