awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Persekutuan AS arah pentadbiran Trump tidak usir pelajar sokong Palestin

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2025
20:30 MYT
Mahkamah Persekutuan AS arah pentadbiran Trump tidak usir pelajar sokong Palestin
Seorang hakim Mahkamah persekutuan telah mengarahkan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk tidak mengusir Badar Khan Suri, seorang lelaki India yang merupakan pelajar Universiti Georgetown di Washington. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Seorang hakim Mahkamah persekutuan telah mengarahkan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk tidak mengusir Badar Khan Suri, seorang lelaki India yang merupakan pelajar Universiti Georgetown di Washington.
Peguamnya, Hassan Ahmad memaklumkan Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mengusirnya selepas menuduhnya merosakkan dasar luar AS.
"Dia telah membuat kenyataan menyokong Palestin dan membuat kenyataan menyokong rakyat Palestin serta membuat kenyataan mengkritik tindakan kerajaan Israel.
"Semua ini adalah ucapan politik yang dilindungi 100%, dan Pindaan Pertama juga meliputi sarjana visa J-1," kata peguamnya, Hassan Ahmad, dalam satu temu bual dengan Reuters.
Dalam pada itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perintah Mahkamah setakat ini.
Kes ini muncul ketika Trump berusaha untuk mengusir warga asing yang mengambil bahagian dalam protes pro-Palestin terhadap perang sekutu AS Israel di Gaza selepas serangan Hamas pada Oktober 2023.
Langkah-langkah Trump telah mencetuskan bantahan daripada kumpulan hak sivil dan advokasi imigran yang menuduh pentadbirannya menyasarkan pengkritik politik secara tidak adil dengan menggunakan undang-undang yang jarang digunakan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#AS
#Hamas
#Mahkamah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan