Saya mahu melihat keamanan di rantau Asia Barat.

Itu antara harapan utama Hillary Clinton yang bakal menamatkan tugasnya selaku Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada 1 Februari ini.

Bagi Clinton, ia merupakan antara misi yang gagal dicapainya sepanjang memegang jawatan tersebut.

Jelasnya meskipun gagal melihat semua agenda tercapai, namun yang lebih penting adalah usaha berterusan dalam menjayakannya.

Bagi beliau, Amerika Syarikat sentiasa melakukan usaha sedaya upaya bagi menangani pelbagai krisis yang melanda dunia.

Antaranya ancaman nuklear Korea Utara kepada dunia dan juga pergolakan Amerika dengan negara Iran.

Beliau turut menyatakan pendirian tegas dalam pengiktirafan kerajaan Hamas di Palestin.

Clinton berkata demikian ketika ditemubual dalam wawancara Townterview di Newseum, Washington.