awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Harga gula bertapis kekal, cukai jualan 5 peratus hanya libatkan gula mentah - MOF
GAYA HIDUP
RWMF 2025: Sambutan kepelbagaian budaya, muzik dunia kembali gegarkan Bumi Kenyalang
SUKAN
[TERKINI] Sri Pahang sah tarik diri, hanya 13 pasukan rebut trofi Liga Super 2025/26
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Majid Khademi dilantik Ketua Perisikan baharu IRGC ganti Kazemi yang terkorban

Agensi
Agensi
19/06/2025
22:50 MYT
Majid Khademi dilantik Ketua Perisikan baharu IRGC ganti Kazemi yang terkorban
Majid Khademi sebagai Ketua Bahagian Perisikan baharu Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menggantikan Mohammad Kazemi yang terkorban dalam serangan udara Israel ke atas Iran minggu lalu.
TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan pelantikan Majid Khademi sebagai Ketua Bahagian Perisikan yang baharu, menggantikan Mohammad Kazemi yang terkorban dalam serangan udara Israel ke atas Iran minggu lalu.
Menurut laporan agensi berita Fars dan disahkan oleh RIA Novosti pada Khamis, Khademi kini memegang jawatan tertinggi dalam Organisasi Perisikan IRGC selepas kehilangan tragik yang menimpa barisan kepimpinannya.
Pada 15 Jun lalu, IRGC mengumumkan pemergian tiga komander kanan bahagian perisikan termasuk Ketua Perisikan, Mohammad Kazemi, timbalannya Jeneral Hassan Mohaqeq, dan Jeneral Mohsen Bagheri yang maut dalam serangan udara Israel ke atas kawasan kediaman di Tehran.
Pelantikan Khademi dilihat sebagai langkah segera dalam memastikan kesinambungan struktur keselamatan dan perisikan IRGC di tengah-tengah konflik yang semakin meruncing antara Iran dan Israel. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Israel serang Iran
#IRGC
#Kor Pengawal Revolusi Islam Iran
#Majid Khademi
#Ketua Perisikan IRGC
#Mohammad Kazemi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami