awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Keselamatan PBB kutuk pembunuhan tebusan Jepun

Agensi
Agensi
26/01/2015
07:28 MYT
Majlis Keselamatan PBB kutuk pembunuhan tebusan Jepun
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Ahad mengutuk pembunuhan seorang tebusan Jepun oleh kumpulan militan negara Islam (IS) dan menggesa pembebasan segera tebusan kedua.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Ahad mengutuk pembunuhan seorang tebusan Jepun oleh kumpulan militan negara Islam (IS) dan menggesa pembebasan segera tebusan kedua.
Dalam keputusan sebulat suara, 15 anggota badan keselamatan lantang bersuara menentang "kezaliman" kumpulan IS yang memancung warga Jepun itu.
"Majlis Keselamatan ... mengutuk perbuatan yang keji dan pengecut," kata Majlis Keselamatan PBB dalam satu kenyataan itu.
Pembunuhan Yukawa ini disiarkan dalam video yang dipersetujui secara umum sebagai sahih, menjadi peristiwa hitam yang melanda Jepun selama seminggu.
"Jenayah ini sekali lagi menjadi peringatan tentang ancaman yang dihadapi oleh orang ramai setiap di Syria, termasuk wartawan.
"Ia sekali lagi menunjukkan kezaliman kumpulan IS, yang bertanggungjawab atas ribuan penderaan terhadap rakyat Syria dan Iraq,” kata kenyataan itu lagi.
Di samping itu, Majlis Keselamatan "menggariskan keperluan untuk membawa pelaku ini ke muka pengadilan."
Lima belas negara menuntut pembebasan segera tebusan Jepun Kenji Goto dan semua tebusan oleh kumpulan IS, dan "Barisan Al-Nusrat dan semua individu kumpulan lain yang berkaitan dengan Al-Qaeda."
IS “harus dikalahkan dan ... keganasan dan kebencian mereka harus dihapuskan," tambah Majlis Keselamatan itu.
Menurut kenyataan itu, Majlis Keselamatan akan memegang mereka yang bertanggungjawab untuk kematian Yukawa ini.
Topic Berkaitan
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan