awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis NATO-Ukraine dijadual bertemu Rabu bincang perjanjian bijirin Laut Hitam

Bernama
Bernama
23/07/2023
20:30 MYT
Majlis NATO-Ukraine dijadual bertemu Rabu bincang perjanjian bijirin Laut Hitam
Tidak lama sebelum pengumuman itu, Stoltenberg telah mengadakan perbualan melalui telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky. - Gambar fail/Reuters
BRUSSELS: Atas permintaan Ukraine, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg akan mengadakan mesyuarat Majlis NATO-Ukraine pada Rabu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Matlamatnya adalah untuk "berunding mengenai perkembangan terkini dan membincangkan pengangkutan bijirin Ukraine melalui Laut Hitam," kata jurucakap NATO, Oana Lungescu.
Mesyuarat itu akan diadakan di peringkat duta, katanya.
Tidak lama sebelum pengumuman itu, Stoltenberg telah mengadakan perbualan melalui telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.
"Perbincangan yang baik dengan Presiden (Zelensky) mengenai penarikan Russia dari perjanjian bijirin Laut Hitam.
"Kami dengan tegas mengutuk percubaan Moscow untuk menjadikan makanan sebagai senjata," Stoltenberg menulis di Twitter selepas panggilan itu.
"Kami dan Stolenberg juga mengenal pasti keutamaan dan langkah masa depan yang diperlukan untuk membuka sekatan dan operasi mampan koridor bijirin Laut Hitam," menurut ciapan Zelensky.
Pada sidang kemuncak NATO di Vilnius, 31 anggota pakatan pertahanan memutuskan untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Ukraine dan menubuhkan Majlis NATO-Ukraine, forum perundingan bersama untuk mempromosikan perbincangan isu keselamatan dengan Kyiv. - BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Jens Stoltenberg
#NATO
#Laut Hitam
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan