DUBAI: Kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pembangunan pusat data dijangka terus berkembang, dipacu oleh lokasi strategik negara, infrastruktur, kestabilan, dan sokongan kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata memandangkan data terus berperanan semakin penting dalam era digital, sokongan kerajaan bukan sahaja menggalakkan pelaburan asing malah juga menekankan komitmen negara untuk merangsang inovasi dan kemajuan teknologi.
"Kestabilan politik negara dan kerangka perundangan yang kukuh seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 mewujudkan persekitaran yang terjamin, seterusnya mengukuhkan daya tarikan untuk pelaburan pusat data," katanya pada sesi Meja Bulat Ketua-ketua Perniagaan bersama Pelabur dari Komanwel Negara-Negara Merdeka.
Perbincangan meja bulat itu dihadiri 33 perwakilan dari Rusia, Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Singapura, Belarus, dan Sepanyol.
Sesi meja bulat itu diadakan di luar Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global 2023, di sini, pada Isnin.
Sejajar dengan misi itu, Fahmi berkata Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan melaksanakan peranan penting meningkatkan kerjasama antara syarikat dan meletakkan semula Malaysia sebagai landasan untuk menjadi pintu masuk bagi seluruh negara Asean dalam ekonomi digital.
"Kami di Malaysia berharap dapat bekerjasama dalam mana-mana bidang berkaitan dengan ekonomi digital dan kami melihat pusat data dan pusat awan mempunyai pertumbuhan kukuh serta menarik dengan banyak potensi pelaburan besar.
"Malaysia bukan sahaja terbuka untuk perniagaan malah juga akan memudahkan perniagaan anda (pelabur). Peranan saya adalah memudahkan, mempercepat dan memastikan bahawa Malaysia boleh menjadi rakan kongsi anda, dan lebih penting, menjadi rumah anda," katanya.
Selepas perbincangan meja bulat, Fahmi membuat kunjungan hormat kepada Menteri Negara UAE bagi Kecerdasan Buatan, Ekonomi Digital dan Aplikasi Kerja Jarak Jauh, Omar Sultan Al Olama untuk membincangkan lebih lanjut mengenai inisiatif digital.
Beliau berkata Malaysia bersedia bekerjasama dengan UAE dalam perlindungan data, dengan tumpuan khusus kepada memastikan kemajuan teknologi kecerdasan buatan sejajar dengan undang-undang dan garis panduan privasi dan perlindungan data peribadi, seperti Akta Pencegahan Jenayah Elektronik (PECA) 2018.
Perbincangan selama 15 minit antara kedua-dua menteri itu antara lain merangkumi potensi kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara dalam ekonomi digital dan pusat data.
UAE dan Malaysia saling melengkapi antara satu sama lain dari segi melengkapkan infrastruktur ekonomi digital di kedua-dua negara, katanya.
Fahmi turut mempelawa Omar melawat Malaysia bagi mendapatkan pengalaman yang lebih baik mengenai pertumbuhan digital negara dan menjayakan potensi kerjasama.
Di luar mesyuarat dua hala itu, Omar berkongsi kenangan indah meraikan ulang tahun ke-10 kelahirannya di Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor, pada 2000.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023
Fahmi berkata MDEC akan meletakkan semula Malaysia sebagai landasan untuk menjadi pintu masuk bagi seluruh negara Asean dalam ekonomi digital. - Gambar fail/Bernama
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Malaysia akan terus berkembang sebagai destinasi pembangunan pusat data pilihan - Fahmi
Kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pembangunan pusat data dijangka terus berkembang, dipacu oleh lokasi strategik negara, infrastruktur, kestabilan, dan sokongan kerajaan.