awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia alu-alukan resolusi PBB mengenai Gaza, seru bantuan kemanusiaan

Bernama
Bernama
23/12/2023
07:36 MYT
Malaysia alu-alukan resolusi PBB mengenai Gaza, seru bantuan kemanusiaan
Malaysia menggesa semua pihak untuk mematuhi dan melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan dan semua resolusi berkaitan mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki berdasarkan prinsip Piagam PBB. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertajuk 'Memantau dan Meningkatkan Bantuan ke Gaza' yang diterima pakai pada 22 Disember di New York.
Resolusi berkenaan menyeru agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluaskan serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman.
Dalam hal ini, Malaysia menggesa semua pihak untuk mematuhi dan melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan dan semua resolusi berkaitan mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki berdasarkan prinsip Piagam PBB.
"Malaysia mengulangi tuntutannya untuk gencatan senjata segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan selamat tiba dan tanpa halangan.
"Kekejaman terhadap rakyat Palestin adalah tidak wajar dan mesti dihentikan serta-merta. Jenayah tanpa henti yang dilakukan oleh rejim apartheid Israel tidak boleh berlanjutan tanpa dikenakan sebarang hukuman,” menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) pada Sabtu.
Resolusi PBB itu juga menyeru semua pihak mematuhi undang-undang antarabangsa dan dalam hal ini, mengecam semua serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam, keganasan dan dendam terhadap orang ramai.
Resolusi itu juga menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan dan memastikan akses kemanusiaan bagi menangani keperluan perubatan mereka.
Selain itu, Setiausaha Agung PBB juga diminta melaporkan pelaksanaan resolusi itu dalam laporan tetap kepada Majlis.
Malaysia mengulangi gesaannya bagi penyelesaian yang mampu bertahan untuk negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. - Bernama
Topic Berkaitan
#Malaysia
#kekejaman israel
#UNSC
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan