awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bimbang keganasan terbaharu di Baitulmaqdis Timur

Bernama
Bernama
31/01/2023
00:50 MYT
Malaysia bimbang keganasan terbaharu di Baitulmaqdis Timur
Satu kejadian tembakan berlaku di Baitulmaqdis pada Jumaat malam, dilaporkan mengorbankan tujuh nyawa dan mencederakan beberapa yang lain. (Foto AP)
PUTRAJAYA: Malaysia bimbang terhadap peningkatan insiden keganasan di Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan banyak nyawa terkorban dan ramai lagi cedera.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan menyatakan Malaysia sentiasa menentang sebarang tindakan permusuhan yang menyasarkan orang awam dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam.
"Ketegangan yang sedang berlaku di Baitulmaqdis Timur secara langsung berpunca daripada pendudukan haram Israel yang berterusan dan dasar apartheid penjajah, pencemaran Al-Aqsa serta pencerobohan dan provokasi berterusan terhadap Palestin.
"Pendudukan mesti ditamatkan untuk mengelak kitaran keganasan," menurut kenyataan itu.
Malaysia menggesa sekatan sepenuhnya dilaksanakan sambil menegaskan perlunya usaha untuk mengurangkan ketegangan dengan rejim Israel segera menghentikan provokasi dan tindakan unilateral demi kepentingan keamanan dan keselamatan.
"Malaysia berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mempunyai negara merdeka mereka sendiri berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keganasan
#Baitulmaqdis Timur
#Wisma Putra
#pembunuhan orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan