awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa keahlian Israel dalam PBB digantung - Mohamad

Bernama
Bernama
28/08/2025
09:20 MYT
Malaysia gesa keahlian Israel dalam PBB digantung - Mohamad
Mohamad berkata perkara itu pernah dibangkitkan Malaysia dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA) tahun lepas dan beliau akan mengulangi gesaan berkenaan pada sesi akan datang. - Gambar fail
SEREMBAN: Malaysia sekali lagi menggesa agar masyarakat antarabangsa menggantung keahlian Israel dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan terus mengenakan sekatan menyeluruh ke atas rejim Zionis.

Ringkasan AI
  • Malaysia sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa agar menggantung keahlian Israel dalam PBB dan mengenakan sekatan menyeluruh, termasuk sekatan senjata, susulan tindakan berterusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
  • Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengulangi gesaan tersebut dalam sesi Perhimpunan Agung PBB akan datang, menyifatkan tindakan Israel sebagai penjajahan zaman moden yang tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat antarabangsa.
  • Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut mengadakan mesyuarat tergempar di Jeddah bagi menyelaraskan pendirian negara anggota terhadap krisis Gaza, dengan OIC terus memainkan peranan sebagai pembela hak Palestin dan Masjid al-Aqsa.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu pernah dibangkitkan Malaysia dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA) tahun lepas dan beliau akan mengulangi gesaan berkenaan pada sesi akan datang.
"Sudah sampai masanya Israel digantung keahliannya daripada PBB dan semua negara perlu mengenakan sekatan terhadap Israel. Ini telah saya bawa dalam Perbahasan Umum UNGA mewakili Malaysia pada tahun lepas, saya akan mengulangi hasrat dan seruan ini supaya Israel digantung ataupun dibuang daripada menjadi masyarakat antarabangsa.
"Sekatan itu bermaksud sekatan senjata yang digunakan untuk membunuh rakyat Palestin perlu dikenakan terhadap Israel," katanya kepada pemberita selepas program Penyampaian Sumbangan Ahli Parlimen Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau pada Khamis.
Menurut beliau, dokumen hasil antarabangsa yang dirumuskan sebelum ini jelas menyatakan Israel perlu dicegah daripada meneruskan hasrat menakluki dan menghapuskan Gaza.
"Ini merupakan penjajahan zaman moden yang dilakukan oleh pihak Israel dan masyarakat antarabangsa tidak boleh terus memejamkan mata terhadap apa yang dilakukan oleh Zionis Israel,"katanya.
Terdahulu, satu mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah diadakan di Jeddah, Arab Saudi sebagai respons kepada operasi ketenteraan Israel yang berterusan di Gaza, bagi menyelaras pendirian dan tindakan negara anggota terhadap krisis berkenaan.
Pertubuhan itu, yang mewakili 57 negara majoriti Islam, secara tradisinya meletakkan dirinya sebagai pembela hak Palestin dan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
--BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Genosid Gaza
#PBB
#gantung keahlian Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami