KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam catatan Twitternya pada Khamis berkata pembunuhan itu amat tidak wajar dan kejam yang jelas memperlihatkan jenayah berterusan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
"Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya," katanya.
Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Palestin, kata Saifuddin.
Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi turut cedera ditembak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu. - Gambar/ Al Jazeera

Tutup Ladang Ayam | KPDNHEP Melaka optimis bekalan ayam tidak terjejas
KPDNHEP Melaka optimis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di negeri itu pada sabtu dan ahad, tidak menjejaskan rantaian bekalan makanan. Pengarahnya Norena Jaafar menegaskan, penutupan berkenaan juga tiada kaitan dengan isu protes oleh sekumpulan penternak mahupun kartel seperti yang didakwa pihak tertentu. Siasatan KPDNHEP Melaka mendapati penutupan dua hari ladang ternakan itu adalah disebabkan ayam hidup di ladang yang terletak di Merlimau, Jasin itu mengalami pertumbuhan yang lambat dan berat badan tidak mencapai kadar yang sepatutnya.

Jom Tengok Bola | Uniti bersama Harimau Malaya
Kementerian Perpaduan Negara & Astro AWANI Menganjurkan Jom Tengok Bola Uniti Bersama Harimau Muda di Restoran Hakim (Baru) Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam

COVID-19 | Arahan kuarantin kepada ribuan rakyat Korea Utara
Korea Utara mengeluarkan arahan kuarantin kepada ribuan pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19 sambil menggesa mereka yang mengalami gejala ringan untuk minum minuman herba. Sebagai langkah proaktif membendung penularan COVID-19, perjalanan di antara wilayah telah diharamkan dan ratusan ribu pekerja telah diarah untuk melakukan ujian saringan bagi memastikan kesihatan mereka terjamin.

Sukan SEA Hanoi | Skuad gimrama negara pertahankan pingat emas
Beberapa lagi pingat emas disumbangkan kontinjen negara pada Sukan SEA Hanoi termasuklah skuad gimrama negara. Ia sekali gus meletakkan sasaran 36 emas pada temasya kali ini semakin hampir direalisasikan. Untuk perincian lanjut, terus bersama wartawan Astro ARENA, Karl Nunis di Hanoi.

COVID-19 | Kes tidak naik mendadak, Khairy ucap tahniah
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin percaya rakyat Malaysia ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik dan ia terbukti apabila tiada peningkatan mendadak kes COVID-19 direkodkan selepas sambutan Aidilfitri.

Perang Rusia-Ukraine | Cetus krisis makanan dunia
Perang di Ukraine mewujudkan krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini. Itu kata, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, bahawa Rusia dan Ukraine menghasilkan satu pertiga daripada bekalan gandum di dunia. Peperangan antara kedua-dua negara itu menyebabkan harga makanan melambung tinggi dan ketidakpastian tentang masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara miskin.

Ringgit Jatuh | Cecah RM4.40 kepada dolar AS pertama kali sejak 2020
Ringgit cecah paras RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak permulaan pandemik COVID-19 pada Mac 2020. Dalam pembukaan dagangan pagi tadi, mata wang tempatan didagang pada paras 4.404 berbanding dolar.

Buli, Gangguan Seksual | Radzi umum 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, jawatankuasa itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

Integriti | RUU Sumbangan Politik secara dasarnya dipersetujui
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) secara dasarnya bersetuju dengan cadangan pelaksanaan dasar penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Jakim giat jejak 'The Hood Man' isu penyembelihan di Australia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata sehingga kini pihaknya belum dapat menghubungi lelaki berkenaan.

PM tiba di Kota Kinabalu, lawatan kerja dua hari ke Sabah
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Jumlah perdagangan Malaysia naik 21.3 peratus kepada RM231.44 bilion pada April 2022 - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum peningkatan pada April 2022 dengan jumlah perdagangan menokok 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.44 bilion.

Rebat tunai sehingga 35 peratus galak penerbit luar jalani penggambaran di Malaysia - Finas
Tawaran rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) itu adalah yang tertinggi berbanding negara lain.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

IMF yakin ekonomi Malaysia akan berkembang 5.75 peratus pada 2022
Ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh.

Perdana Menteri rasmi Jelajah AKM Sabah esok
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia merupakan program jelajah pertama anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Sabah tahun ini.

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).