DUNIA
Malaysia kutuk serangan di Brussels

Kepulan asap yang dapat dilihat di luar stesen keretapi metro bawah tanah di Brussels. - AFP / Belga / Seppe KNAPEN
Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya letupan bom yang berlaku di Brussels pada Selasa, yang telah meragut 28 nyawa.
Menurut Wisma Putra, sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Wisma Putra turut memaklumkan, kedutaan besar Malaysia di Brussels akan terus memantau situasi semasa di sana.
Wisma Putra turut menyatakan, Malaysia berdiri bersatu bersama keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Belgium
Sebelum ini, sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala puluhan yang lain cedera di dalam kejadian letupan di Lapangan Terbang Brussels, Belgium dan stesen metro hari ini lapor media tempatan di Belgium.
Sebelum itu dua letupan kuat kedengaran di Lapangan Terbang Brussels disusuli dengan asap kelihatan dan orang ramai kelihatan lari bertempiaran.
Laporan awal mengatakan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala 35 yang lain cedera.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami