KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum mengiktiraf kerajaan Taliban yang baharu dibentuk di Afghanistan dan masih melakukan penilaian sewajarnya terhadap negara tersebut.

Menurut Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, bagaimanapun selaku rakan negara Islam yang prihatin, Malaysia tetap akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dari semasa ke semasa buat rakyat negara itu.

“Setakat ini kita telah berikrar untuk membantu sebanyak AS$100,000 melalui badan-badan di bawah Petubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Kita juga berjanji akan meneruskan projek Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Ini memang sudah sedia ada dan kita cuma harus teruskan dengan pegawai-pegawai daripada Aghanistan.

“Kita juga akan bekerjasama ddengan negara negara lain. Setelah berbincang dengan beberapa menteri luar dari beberapa negara yang berminat. Di samping itu kita juga akan meneruskan usaha-usaha yang dilaksanakan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)dan sebagainya,” katanya ketika memberikan ucaptama pada persidangan KL Conference on Afghanistan : Re-Emergence of a nation secara atas talian pada Ahad.

Afghanistan | Belum iktiraf Taliban tapi akan teruskan bantuan


Selain itu katanya Malaysia amat memahami keperluan Afghanistan dalam membentuk kestabilan selepas kemusnahan dan penjajahan sekian lama iaitu hampir 40 tahun sebelum ini.

Bagaimanapun jelasnya penilaian tertentu diperlukan sebelum kerajaan yang baharu terbentuk itu diiktiraf oleh dunia termasuk Malaysia.

Namun Menteri Luar itu menegaskan, Malaysia beranggapan isu atau aspek bantuan kemanusiaan menerusi badan antarabangsa atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang melibatkan masyarakat Afghanistan merentasi keperluan atau syarat yang diperlukan untuk sesebuah kerajaan itu diiktiraf.