Malaysia dan Myanmar bersetuju pada dasarnya memansuhkan keperluan visa bagi pegawai kerajaan dan pelancong perniagaan untuk memudahkan perjalanan kumpulan ini antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Susulan persetujuan ini, para pegawai kerajaan, mereka yang memegang pasport kerajaan dan kalangan ahli perniagaan yang disahkan oleh Dewan Perniagaan dari kedua-dua negara tidak memerlukan visa.
"Keperluan tanpa visa adalah bersifat timbal-balik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat delegasi antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Myanmar U Thein Sein di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Anifah ditanya sama ada isu mengenai keperluan visa untuk perjalanan ke Myanmar dibincangkan pada mesyuarat Malaysia-Myanmar, yang berlangsung pada hari terakhir lawatan negara dua hari Thein Sein ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Untuk lain-lain, kami akan bekerjasama satu demi satu. Bagi pemegang pasport biasa, kami akan berusaha dan berbincang dengan lebih lanjut dalam masa terdekat," kata Anifah.
Butiran mengenai pemansuhan visa dilaporkan akan diselesaikan oleh pegawai dari kedua-dua negara kemudian.
Menurut laman web www.evisaasia.com yang menyiarkan maklumat mengenai perjalanan ke Asia dan Australia, rakyat Malaysia memerlukan visa untuk melawat Myanmar.
Laman web itu menyatakan pengecualian visa atau perjalanan bebas visa tidak terpakai kepada Malaysia.
Menurut laman web Kedutaan Myanmar di Malaysia, antara visa yang boleh dipohon oleh rakyat Malaysia ke Myanmar ialah visa pelancongan, visa perniagaan, visa pelbagai perjalanan, visa sosial dan visa pengantaraan.
Ketika ditanya mengenai kesukaran mendapatkan visa pelancong ke Myanmar, Anifah berkata menteri pelancongan Malaysia dan Myanmar akan bekerjasama rapat tentang cara terbaik untuk berusaha bagi mempromosikan pelancongan bukan sahaja antara Malaysia dan Myanmar tetapi juga dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Mengenai isu tenaga pekerja, beliau berkata Malaysia dan Myanmar akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu.
"Malaysia dan Myanmar juga akan mengadakan mesyuarat suruhanjaya bersama, yang ditubuhkan pada 2014, dan akan membincangkan semua isu pada Jun," katanya.
Anifah berkata Malaysia dan Myanmar juga membincangkan mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan dan Myanmar memaklumkan bahawa negara itu memerlukan lebih banyak tempat dalam Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Sejak 1983, Myanmar menjadi negara penerima dengan seramai 1,559 pegawai Myanmar dilatih setakat ini.
"Malaysia akan terus menawarkan tempat kepada mereka (Myanmar)," kata beliau.
Laporan awal menyatakan melalui MTCP, pegawai Myanmar menjalani latihan dalam kursus jangka pendek, sederhana dan panjang di Malaysia mencakupi pelbagai bidang seperti diplomasi, bahasa, perbankan, percukaian, teknologi getah dan kelapa sawit.
Mengenai isu pelarian Rohingya di Malaysia, Anifah berkata perkara itu juga dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.
"Perbincangan akan diteruskan dan perkara itu bakal dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa bersama Malaysia-Myanmar pada Jun. Sebab inilah mesyuarat Suruhanjaya Bersama ditubuhkan," katanya.
Berhubung kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di Malaysia sejak beberapa bulan kebelakangan, beliau berkata Perdana Menteri membangkitkan isu itu kepada Presiden Myanmar bahawa selain menawarkan pekerjaan, berlaku juga masalah sosial dan masalah lain seperti keselamatan.
"Ini adalah satu aspek untuk Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri di kedua-dua negara perlu mengkajinya dari semasa ke semasa.
"Kami akan mengkaji cara terbaik untuk menangani keadaan ini," kata beliau.
Bernama
Fri Mar 13 2015
Anifah berkata Malaysia dan Myanmar juga membincangkan mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan. - Gambar fail
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.