awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 32 Dis 2026
PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malaysia Street' hadiah istimewa Palestin sempena Hari Kemerdekaan ke-64

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
31/08/2021
09:11 MYT
'Malaysia Street' hadiah istimewa Palestin sempena Hari Kemerdekaan ke-64
Menyanjungi peranan yang dimainkan negara dalam pembebasan Palestin, sebuah jalan di bandar Gaza dinamakan sebagai Malaysia Street. - Twitter/Muslim Imran
KUALA LUMPUR: Sempena Hari Kemerdekaan ke-64 hari ini, Malaysia menerima 'hadiah' istimewa daripada penduduk Gaza.
Menyanjungi sumbangan dan peranan yang dimainkan negara dalam pembebasan Palestin, sebuah jalan di barat barat bandar Gaza dinamakan sebagai Malaysia Street.
Pengerusi Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Muslim Imran, memuat naik gambar papan tanda jalan itu yang dinaikkan di Bulatan Ansar, Gaza.
"Majlis Perbandaran Gaza menamakan jalan di barat Gaza sebagai Malaysia Street (Jalan Malaysia) sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia," tulis Muslim.
- ! Gaza Municipality names a road in the western district of Gaza city as "Malaysia Street" in commemoration of Malaysia's independence today. #Merdeka1957 pic.twitter.com/gKgO5fFbbi
— Muslim Imran (@muslimbinimran) August 31, 2021
Selain papan tanda jalan, turut dinaikkan adalah fakta berkenaan hari kemerdekaan Malaysia dan peranan negara dalam membantu membawa suara Gaza ke pentas antarabangsa.
"Malaysia mempunyai peranan penting dalam menyokong perjuangan Palestin. Mereka sering menuntut penamatan pendudukan Israel dan memulangkan hak kepada rakyat Palestin," itu antara ayat yang tertulis pada papan tanda itu.
Di ruangan komen, rakyat Malaysia berterima kasih atas penghargaan tersebut dan mendoakan Palestin terus kuat dalam perjuangan mereka menuntut kebebasan.
Topic Berkaitan
#Palestin
#malaysia street
#Gaza
#hari kemerdekaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan