BANGKOK: Kerajaan bersetuju untuk bekerjasama dengan Thailand dalam membangunkan vaksin, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, kerjasama yang bakal dirintis itu akan melibatkan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin antara pakar-pakar dari kedua-dua negara.
Beliau berkata, pembangunan vaksin yang dirancang itu akan melibatkan kerjasama antara Malaysia Genome Institute di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang sedang membangunkan vaksin tempatan dengan sebuah universiti Thailand yang turut membangunkan vaksin negara itu.
"Oleh itu kita berdua bersetuju bagi meneroka peluang untuk menjalinkan kerjasama bagi membangunkan vaksin ini melalui kajian dan penyelidikan," kata Perdana Menteri dalam sidang media di sini, pada akhir lawatan rasminya ke Thailand pada Sabtu.
Bina dua jambatan
Ismail Sabri berkata, selain rancangan membangunkan vaksin, beliau turut menyentuh beberapa perkara lain ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Prayuth Chan-ocha dalam lawatan itu.
Kedua-dua pemimpin itu juga tidak ketinggalan turut membincangkan mengenai pembinaan dua buah jambatan baharu yang menghubungkan Kelantan dan Thailand.
"Pembinaan dua jambatan ialah jambatan Sungai Rantau Panjang ke Sungai Golok, Kelantan dan satu lagi jambatan menghubungkan Pengkalan Kubor - Tak Bai. Kita bersetuju pembinaannya diteruskan dan disegerakan," jelasnya lagi.
BACA: VTL Malaysia - Thailand dalam masa terdekat - PM
Malaysia dan Thailand juga, kata Ismail Sabri, amat memahami keperluan meningkatkan pembangunan infrastruktur di sempadan dan kerana itu ada beberapa cadangan dipersetujui untuk dilaksanakan segera.
"Seperti kita tahu perdagangan sempadan amat penting, oleh itu kesalinghubungan amat mustahak.
“Oleh itu beberapa peningkatan membangunkan infrastruktur di sempadan yang dipersetujui perlu disegerakan. Pertama jajaran jalan menghubungkan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao.
"Perkara ini masih di dalam perundingan kita bersetuju supaya kumpulan kerja pakar serta jawatankuasa kerja teknikal untuk menyegerakan rundingan jajaran tersebut,” kata beliau.
HSR Kuala Lumpur - Bangkok
Dalam pada itu, Malaysia jelas Ismail Sabri, turut bersetuju untuk mengadakan kajian kebolehlaksanaan mengenai Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dari Kuala Lumpur ke Bangkok.
Bagi tujuan itu, kementerian dan agensi berkaitan, ujar beliau, akan diminta untuk memulakan kajian dalam kadar segera.
"Kita juga berbincang mengenai keperluan masa hadapan dalam membina keretapi laju high speed rail dari Kuala Lumpur ke Bangkok.
"Kami berdua bersetuju supaya kedua-dua negara mengadakan kajian kebolehsaknaan dan kita akan minta kementerian dan jabatan berkaitan mengambil tindakan segera," jelas Perdana Menteri lagi.
Fareez Azman
Sat Feb 26 2022
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama yang bakal dirintis itu akan melibatkan kerja-kerja R&D vaksin antara pakar-pakar dari kedua-dua negara. - Gambar BERNAMA
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.
Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.
Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.
HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.
HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.
Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
HSR Jakarta-Bandung jadi contoh baik di Asia Tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn berkata kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung bukan sahaja merupakan HSR pertama di Indonesia bahkan di Asia Tenggara dan menjadi contoh baik di rant