awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VTL Malaysia - Thailand dalam masa terdekat - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
26/02/2022
06:32 MYT
VTL Malaysia - Thailand dalam masa terdekat - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha ketika menghadiri majlis makan malam di Bangkok. Gambar BERNAMA
BANGKOK: Kerajaan akan membuka sempadan darat Malaysia - Thailand bagi perjalanan lengkap vaksin (VTL) dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, pembukaan sempadan itu kelak dijangka meningkatkan perdagangan antara serta mempermudahkan perjalanan rakyat antara dua negara.
"Kita tahu hubungan antara Thailand dan Malaysia bukan sahaja dari kerajaan dengan kerajaan, komuniti perniagaan, tetapi juga antara rakyat dengan rakyat.
"Sebab rakyat berada di kawasan sempadan ramai mempunyai talian persaudaraan, jadi pembukaan kawasan sempadan di darat mampu meningkatkan perdagangan antara dua negara.
“Separuh daripada keseluruhan jumlah dagangan Malaysia disumbangkan oleh perniagaan sempadan. Jadi kita akan buka jalan darat," jelasnya dalam sidang media di sini pada akhir lawatan rasminya ke Thailand pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan integrasi aplikasi MySejahtera dan MorProm dari Thailand bagi memudahkan perjalanan rakyat kedua negara.
"Kita juga bersetuju memberi pengiktirafan sijil vaksinasi kedua dua negara jadi untuk mempermudahkan lagi kita bersetuju mengintegrasikan aplikasi MySejahtera dan MorProm daripada Thailand.
"Maknanya melalui integrasi kedua peranti ini, pelancong dari Malaysia boleh gunakan MySejahtera di Thailand manakala MorProm boleh digunakan di Malaysia. Ini mampu memudahkan perjalanan antara kedua dua negara," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#VTL Malaysia
#Thailand
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan