NEW YORK: Bilangan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan atau malnutrisi di Semenanjung Gaza meningkat dengan mendadak akibat serangan berterusan Israel, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam satu kenyataan pada Isnin, WHO berkata 90 peratus kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan 95 peratus wanita hamil serta menyusukan anak mengalami kekurangan makanan yang teruk.
Ini bermakna mereka mengambil hanya dua atau kurang kumpulan makanan setiap hari dan makanan yang mereka ambil mempunyai nilai pemakanan yang sangat rendah.
Menurut WHO, 95 peratus isi rumah mengurangkan bilangan hidangan dan jumlah makanan yang diambil dengan 64 peratus isi rumah hanya makan satu hidangan sehari.
WHO berkata lebih 95 peratus isi rumah menegaskan mereka telah mengehadkan jumlah makanan yang dimakan orang dewasa untuk memastikan kanak-kanak kecil mempunyai makanan.
Tinjauan di utara wilayah itu menunjukkan bahawa 15.6 peratus kanak-kanak - atau satu daripada enam kanak-kanak di bawah umur dua tahun - mengalami malnutrisi akut.
"Daripada jumlah ini, hampir tiga peratus mengalami malnutrisi akut yang teruk, yang meningkatkan risiko tertinggi komplikasi perubatan dan kematian bagi kanak-kanak kecil kecuali mereka menerima rawatan segera," kata WHO.
Menurut pertubuhan itu, memandangkan data berkenaan dikumpul pada Januari, keadaan mungkin lebih teruk pada masa ini.
Tinjauan serupa di Rafah, selatan Semenanjung Gaza menunjukkan bahawa lima peratus kanak-kanak di bawah umur dua tahun mengalami malnutrisi akut.
Menurut WHO, angka berkenaan adalah bukti jelas bahawa bantuan kemanusiaan amat diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Bilangan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan atau malnutrisi di Semenanjung Gaza meningkat dengan mendadak akibat serangan berterusan Israel. - Foto fail/AP
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan
Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.
Warganegara: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus sokongan dua pertiga
RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mac lalu, diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF
Keadaan di tempat perlindungan sangat sesak dan tidak mencukupi, dengan banyak kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menyebabkan kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Fasa kedua vaksinasi polio di Gaza bermula Isnin ini
Vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun selama tiga hari, dengan kemungkinan dilanjutkan untuk tambahan satu hari lagi.