awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa kejadian amuk pusat asuhan kanak-kanak Thailand semakin pulih

Bernama
Bernama
21/10/2022
21:00 MYT
Mangsa kejadian amuk pusat asuhan kanak-kanak Thailand semakin pulih
Pada 6 Okt, seorang anggota polis yang dipecat bertindak membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun dan 12 dewasa termasuk isterinya di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu. - Gambar fail/ Reuters
BANGKOK: Enam mangsa, termasuk tiga kanak-kanak yang cedera dalam kejadian amuk di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan, terletak 500 kilometer timur laut dari Bangkok, dilaporkan semakin pulih.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Opas Karnkawinpong berkata kesemua mangsa yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma telah menerima rawatan di hospital.
"Tiga kanak-kanak sudah sedarkan diri. Dua mangsa dewasa tidak lagi menggunakan bantuan ventilator manakala seorang lagi mangsa yang cedera parah di leher masih memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan.
Pada 6 Okt, seorang anggota polis yang dipecat bertindak membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun dan 12 dewasa termasuk isterinya di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.
Lelaki berusia 34 tahun itu dilaporkan membunuh kanak-kanak yang sedang tidur selepas mereka selesai menikmati makan tengah hari.
Pembunuh kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan pulang ke rumah dan membunuh isteri serta anak lelakinya sebelum bertindak membunuh diri.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Mental Amporn Benjaponpitak berkata kira-kira 98 peratus daripada 345 orang yang kehilangan anggota keluarga atau menyaksikan pembunuhan beramai-ramai telah menerima kaunseling.
Beliau berkata para pegawainya telah memantau secara teliti mangsa dan ahli keluarga yang perlu mendapat sokongan kesihatan mental dan memantau dengan teliti tanda-tanda tekanan selepas trauma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tragedi thailand
#amuk
#kanak-kanak pusat jagaan
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan