awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa letusan gunung berapi temui 16 bom tangan aktif

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2025
02:00 MYT
Mangsa letusan gunung berapi temui 16 bom tangan aktif
Ilustrasi bom tangan. Mangsa letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur (NTT) menemukan 16 butir grenad aktif dan 393 butir peluru. - Foto Tentera Udara Amerika Syarikat
FLORES TIMUR: Mangsa letusan gunung berapi Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur (NTT), menemukan 16 butir bom tangan dan 393 butir peluru yang dipercayai merupakan tinggalan zaman Perang Dunia Kedua.
Penemuan itu berlaku ketika para mangsa sedang menggali tanah bagi membina tangki septik di kawasan penempatan sementara.
Bom tangan yang ditemukan adalah jenis Inert WWII Type 97 buatan Jepun lengkap dengan fius dan tali penarik, manakala peluru pula adalah peluru kaliber 6.5 milimeter yang digunakan untuk senjata Arisaka Type 38.
Ketua Subunit Perhubungan Informasi dan Dokumentasi Masyarakat (PIDM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Flores Timur, Inspektor Anwar Sanusi, memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati bom tangan tersebut masih aktif dan telah dipindahkan ke kawasan kebun kosong yang terletak jauh dari kawasan penempatan penduduk di Desa Konga, Kecamatan Titehena.
"Bom tangan dan peluru itu kini disimpan dengan kawalan ketat anggota keselamatan sementara menunggu ketibaan pasukan pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah NTT di Kupang," katanya seperti dilaporkan detikBali, Selasa.
Sementara itu, pasukan pemusnah bom dari Skuadron Brimob Maumere, Kabupaten Sikka, tiba di lokasi penempatan sementara mangsa letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki sekitar jam 1 tengah hari waktu tempatan.
"Barang bukti tidak dibawa ke Maumere kerana didapati masih aktif. Oleh itu, koordinasi sedang dilakukan bagi membawa masuk pasukan khas dari Brimob NTT untuk menjalankan proses pelupusan secara selamat," tambah beliau. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Gunung Lewotobi Laki-laki
#bom tangan
#Perang Dunia Kedua
#gali tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan