Skip to main content

Dunia

Ekspatriat tinggal lebih masa di Arab Saudi berdepan denda, penjara, pengusiran

41592811843_jail.jpg
Ekspatriat yang tinggal melebihi tempoh visa di Arab Saudi akan dikenakan denda sehingga SAR50,000 (kira-kira AS$13,190), hukuman penjara sehingga enam bulan serta pengusiran. - Gambar hiasan

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan, ekspatriat yang tinggal melebihi tempoh visa akan dikenakan denda sehingga SAR50,000 (kira-kira AS$13,190), hukuman penjara sehingga enam bulan serta pengusiran.

Kementerian itu menggesa semua individu mematuhi peraturan berkaitan musim haji 1447 Hijrah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan jemaah haji, menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Ia menegaskan bahawa pelanggar peraturan berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Kementerian itu turut menggesa orang ramai melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang.

-- BERNAMA-SPA

 

 

Must Watch Video