KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza pada hari pertama Aidilfitri yang meragut nyawa tiga anak dan beberapa cucu pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.
Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid yang terkejut dengan insiden berkenaan mengucapkan takziah kepada Ismail atas kehilangan yang amat tragis itu.
Beliau berkata menyasarkan pemimpin Hamas dan ahli keluarga mereka hanya akan menguatkan lagi tekad untuk memperjuangkan kebebasan serta hak semua rakyat Palestin dan umat Islam.
"Sukar untuk saya tidak menyuarakan perasaan benci saya dan sesungguhnya amat mengecam kebiadaban tentera pendudukan Zionis yang sewenang-wenangnya menyasarkan mereka yang bukan penempur.
"Genosid yang berterusan di Gaza ialah tindakan terkutuk dan kami menuntut ditamatkan segera kekejaman Israel yang terus berleluasa. Saya mengulangi dan menegaskan komitmen kami untuk berdiri teguh bersolidariti dengan Palestin sehingga pembebasan dicapai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut TV Al Jazeera, tiga anak lelaki Haniyeh - Hazem, Amir dan Mohammad - terkorban apabila kereta yang mereka naiki dibom dalam insiden yang berlaku di kem Al-Shati di Gaza.
Serangan itu turut mengorbankan dua cucu pemimpin itu dan seorang lagi dilaporkan cedera, memetik media Hamas.
Haniyeh ialah tokoh terkemuka dalam diplomasi antarabangsa Hamas di tengah-tengah konflik berterusan dengan Israel di Semenanjung Gaza dan pada November lepas rumah keluarganya musnah akibat serangan udara Israel.
Mohd Azmi berkata tidak dapat digambarkan keperitan yang dilalui keluarga Haniyeh namun sungguh kagum dengan reaksi tenang pemimpin itu.
"Hubungan saya dengan beliau bersifat peribadi. Saya bertemu keluarganya semasa kunjungan saya ke Gaza pada 2014 dan pernah makan malam bersama semua anak-anaknya di rumahnya. Saya juga penah menyambut kunjungan beliau ke Malaysia beberapa tahun lepas dengan perasaan bangga dan penuh hormat.
"Saya berdoa agar saudara Ismail Haniyeh sekeluarga terus tabah dan kuat untuk mengharungi ujian Allah ini. Saya mendoakan agar semua anak dan cucu beliau yang syahid dikurniakan ganjaran syurga yang paling tertinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Tiga anak lelaki Haniyeh (gambar) - Hazem, Amir dan Mohammad - terkorban apabila kereta yang mereka naiki dibom dalam insiden yang berlaku di kem Al-Shati di Gaza. - Gambar/ AP
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Misi Jelajah Peduli Ummah santuni 40,000 individu
Ia sekali gus menjadikan program itu berada pada tahap yang baik dalam mencapai sasaran untuk menyantuni 100,000 individu.
Setahun genosid Gaza: MAPIM seru rakyat Malaysia tunjuk perasaan 11 Okt ini
Selepas 365 hari genosid berlangsung kejam dan biadab di Gaza, kutukan tidak akan menghalang atau menghentikan kezaliman Israel.
MAPIM seru sokongan rentas politik pulih, lonjak ekonomi
MAPIM menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.
MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin
MAPIM mencadangkan agar organisasi NGO di negara ini turut dilibatkan dalam usaha membantu pesakit dari Gaza yang dibawa ke Malaysia.
Pembunuhan pemimpin Hamas tidak mengurangkan semangat pejuang - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yakin pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Tehran, Iran tidak akan mengurangkan semangat juang pejuang Hamas.
Jurutera projek MAPIM di Gaza maut susulan serangan udara Israel
Menurut Sani Araby, Allahyarham yang juga pegawai lapangan penting MAPIM terkorban syahid di Gaza.
Kuat kuasa undang-undang antarabangsa jika Israel tidak setuju gencatan senjata diterima Hamas – MAPIM
Mohd Azmi berkata, Israel perlu faham bahawa persetujuan Hamas memberi indikator bahawa rejim Zionis tidak boleh meneruskan operasinya.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
MAPIM gesa badan antarabangsa hantar kapal dengan muatan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Mohd Azmi berkata, gerakan dengan kapal flotila melalui Laut Mediterranean dilihat sebagai satu sahaja laluan untuk ke Gaza.
MAPIM jalin kerjasama dengan NGO luar negara bantu Palestin
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dari 50 negara menerusi Pelan Bangun Semula Gaza Pascaperang.