WASHINGTON masih berminat untuk mengekalkan operasi kedutaannya di Moscow di sebalik hubungan antara Rusia dan Amerika Syarikat (AS) berada pada tahap yang sangat rendah.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Vershinin.

Agensi berita Sputnik melaporkan, Vershinin sebagai berkata bahawa Rusia-AS mempunyai banyak masalah dalam hubungan dua hala.

Pada satu peringkat katanya, hubungan dua hala itu berada pada tahap yang sangat rendah atau sifar.

Beliau berkata, terdapat perbincangan peringkat pakar antara Rusia dan AS mengenai pelbagai kebimbangan dan isu dalam hubungan dua hala.

Vershinin berkata, di sebalik itu beliau turut berpandangan bahawa rakyat AS masih mahu fungsi kedutaan mereka di Moscow dikekalkan.

Timbalan Menteri Luar Negeri itu menambah, Rusia bekerjasama dengan AS berdasarkan prinsip timbal balik.

Dalam hal ini katanya, jika sebarang tindakan tidak mesra diambil terhadap Rusia secara dua hala, pihak AS akan segera menerima reaksi yang sama.