JAKARTA: Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia mendapat penghargaan dan tumpuan apabila diiktiraf sebagai masjid hijau yang pertama di dunia.
Memetik laporan Kompas.com, pengiktirafan daripada Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) itu setelah mengambil kira seni bina dan fungsi rumah ibadah berkenaan yang mesra persekitaran.
Menurut pemerhatian IFC, yang merupakan institusi di bawah Kumpulan Bank Dunia (WBG), masjid yang mampu menampung sehingga 120,000 jemaah itu layak menerima penilaian akhir dari sistem pensijilan kecemerlangan dan keberkesanan reka bentuk, atau Excellence in Design for Greater Efficiencies (EDGE).
"Kami sangat terharu kerana hari ini kita menerima penghargaan dari instutusi antarabangsa,” ujar Imam Besar Masjid Istiqlal, Nasaruddin Umar, pada Rabu.
Beliau menjelaskan, sebahagian kawasan Masjid Istiqlal telah menjalani proses ubah suai yang selari dengan keperluan fungsi yang mesra persekitaran. Antaranya adalah pengunaan sistem cahaya yang jimat tenaga, serta dilengkapi panel solar untuk menjana 13 peratus keperluan elektrik.
Tambahnya, pihak pengurusan tidak pernah memikirkan tentang pengiktirafan, sebaliknya proses ubah suai itu dilakukan untuk keselesaan para jemaah.
Penerapan nilai mesra alam pada Masjid Istiqlal telah dijalankan syarikat Waskita Karya, iaitu syarikat milik pemerintah yang dipertanggungjawab untuk meningkatkan kemudahan rumah ibadat itu dengan aspek yang diperlukan.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Sementara itu, Ketua Majlis Bangunan Hijau Indonesia, Iwan Prijanto, dipetik sebagai berkata, konsep yang diketengahkan di masjid Istiqlal itu diharap menjadi contoh dalam projek pembangunan yang lain di seluruh republik itu.
"Kami berharap dapat inisatif ini dicontohi supaya secara kolektif kita dapat melindungi persekitaran dan menyumbang kepada masa depan yang lestari,” katanya.
Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta Pusat merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Terbina atas tapak induk seluas satu hektar, ia mempunyai lima tingkat dengan sokongan 12 tiang utama, serta di atasnya terdapat seni bina kubah yang berdiameter 45 meter.
Ia siap dibina pada tahun 1961 iaitu pada zaman pemerintahan Presiden Sukarno, sebelum seterusnya dirasmikan oleh Presiden Soeharto pada 22 Februari 1978.
Sempena Ramadan ini, akses ruang sembahyang di Masjid Istiqlal dibuka 100 peratus dan jemaah boleh menunaikan ibadah tanpa penjarakan fizikal, setelah sekian lama kelaziman itu dikekang pandemik.
Agensi
Thu Apr 07 2022
Masjid Istiqlal di Jakarta Pusat merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara. - Unsplash
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Masjid Istiqlal diiktiraf masjid hijau pertama di dunia
Pengiktirafan daripada IFC itu setelah mengambil kira seni bina dan fungsi rumah ibadah berkenaan yang mesra persekitaran.
Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam
Jutaan penduduk Jakarta akan ke peti undi pada Rabu minggu depan untuk memilih gabenor baharu dalam satu pertandingan sengit.