RAMALLAH: Imej seorang lelaki muda yang kurus dan tidak dapat berdiri selepas meninggalkan penjara Israel sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai layanan rejim Zionis terhadap tahanan Palestin.
Pada Rabu lalu, pihak berkuasa Israel membebaskan Farouq al-Khatib, seorang lelaki Palestin berusia 30 tahun yang ditangkap pada Ogos di bawah apa yang dikatakan keluarganya sebagai tuduhan palsu.
Keluarganya memberitahu Middle East Eye bahawa kesihatan Farouq telah merosot secara drastik semasa dia ditahan dalam tahanan pentadbiran Israel selama empat bulan.
Farouq dari perkampungan Abu Shkhidem, utara Ramallah dikatakan mengalami penurunan berat badan kira-kira 25 kilogram (kg) dan kini beratnya hanya 35kg.
Imej Farouq, sebelum dan selepas dia dipenjarakan telah menjadi tular di media sosial.
Menurut abangnya Hossam, Farouq disahkan menghidap kanser perut tahap lima sejurus sebelum dibebaskan dari penjara dan kini menerima rawatan akhir hayat di sebuah hospital di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki.
Tidak jelas mengapa Farouq ditahan semula pada 23 Ogos tetapi keluarganya berkata dia menyelesaikan hukuman penjara empat tahun antara 2019 dan Jun 2023.
Tambah Hossam lagi, Farouq pada mulanya ditahan di penjara tentera Ofer yang terkenal kerana penahanan semula, tetapi dipindahkan ke penjara Nafha di padang pasir Negev selepas selepas serangan rentas sempadan oleh Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober lalu.
"Semasa berada di sana, beberapa pengawal penjara Israel menyerang tahanan.
"Farouq turut dipukul di perut dengan baton besi tebal," ujar Hossam.
Katanya lagi, keluarganya tidak mengetahui kejadian itu, tetapi seorang bekas banduan dari kampungnya menyampaikan keadaan sebenar Farouq.
Menurut banduan itu, Farouq mengalami sakit teruk di bahagian perutnya selepas kejadian itu tetapi pihak penjara enggan memberikannya rawatan perubatan.
"Dia juga dilaporkan telah ditahan dalam kurungan bersendirian selama tiga hari, di mana dia tidak dapat tidur dan makanan.
"Kemudian, dia dipindahkan ke klinik Penjara Ramla, di mana kesihatannya merosot dan dia mengalami distaksia (kesukaran mengawal pergerakan yang menyebabkan kaki dan tangan menggeletar dan sukar berjalan seperti biasa) serta muntah yang berterusan.
"Disebabkan keadaannya yang semakin teruk, pihak pentadbiran penjara akhirnya memindahkannya ke Hospital Soroka di mana biopsi dilakukan untuk mendedahkan dia menghidap kanser," katanya.
Farouq akhirnya dibebaskan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di pusat pemeriksaan Ni'lin berhampiran Ramallah.
"Kami sangat pasti bahawa Israel membebaskan Farouq kerana penyakitnya berada di peringkat akhir dan selepas kesihatannya merosot sepenuhnya tanpa memberikan sebarang rawatan yang sewajarnya," kata Hossam.
Pertubuhan hak asasi manusia Palestin telah berulang kali mengutuk apa yang mereka katakan sebagai dasar kecuaian perubatan Israel terhadap tahanan Palestin dan telah mendokumentasikan kematian berpuluh-puluh banduan yang sakit dalam tahanan rejim Zionis sejak 1967.
Menurut Pihak Berkuasa Palestin, lebih 500 banduan lelaki dan perempuan Palestin di penjara Israel menderita penyakit termasuk berpuluh-puluh orang yang menghidap kanser.
Kumpulan Hak Penjara Addameer pula memaklumkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 7,000 warga Palestin di penjara Israel, termasuk 200 kanak-kanak dan 2,070 tahanan pentadbiran ditahan tanpa perbicaraan atau pertuduhan. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 24 2023
Foto Farouq dalam keadaan sihat (kiri) tetapi kurus kering semasa dalam tahanan Israel (kanan). - Foto Sinar Harian
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Mereka tidak boleh penjarakan akal dan jiwa kami - Bekas tahanan Israel
"Mereka menahan saya yang ketika itu baru sebulan mengandung anak sulung dan saya dikurung dalam penjara bawah tanah."