[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

Mayat Claudia Gomez tiba di Guatemala

Agensi 31/05/2018 | 23:53 MYT
Gilberto, melihat wajah anaknya, Claudia, ketika kerandanya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Aurora di Guatemala City pada Khamis. - REUTERS
Mayat seorang remaja wanita Guatemala yang ditembak mati minggu lalu oleh pihak berkuasa sempadan Amerika Syarikat (AS) dekat Laredo, Texas, tiba di negara asalnya dan diserahkan kepada ibu bapanya dalam suasana yang menyedihkan.
Ibu bapanya, Gilberto Gomez dan Lidia Gonzalez, menerima keranda putih membawa anak perempuan mereka, Claudia Patricia Gomez.
Suasana sebak mengiringi jenazah mendiang Claudia di mana ibu bapa dan sanak saudara telah menunggu sejak awal ketibaan mayatnya.
Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke kampung halamannya di San Juan Ostuncalco, di luar bandar raya barat daya Quetzaltenango, untuk disemadikan.
Ibu bapa Claudia, Gilberto Gomez dan Lidia Gonzalez. - REUTERS
Claudia, 19 tahun, meninggal dunia pada 23 Mei selepas ditembak di kepala oleh pihak berkuasa sempadan AS.
Kes tersebut masih lagi dalam siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Pihak keluarga mangsa menuntut keadilan yang meragut nyawa Claudia dan mahu pihak berkuasa mengheret kesemua mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
#Amerika Syarikat #anak #jenazah #keluarga #mangsa #mati #mayat #meninggal dunia #remaja #siasatan #tembak #wanita