Skip to main content

Dunia

Megatsunami Alaska kedua terbesar pernah direkodkan

A U.S. Geological Survey field photo taken during a reconnaissance trip following the Tracy Arm Fjord landslide shows the aftermath of a tsunami that occurred three days earlier, within the Tongass National Forest, south of Juneau, Alaska, U.S., August 13, 2025. U.S. Geological Survey agency/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY
Foto lapangan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) yang diambil semasa misi tinjauan selepas tanah runtuh di Tracy Arm Fjord menunjukkan kesan kemusnahan akibat tsunami. - Foto REUTERS

ALASKA: Satu gelombang “megatsunami” yang tercetus akibat runtuhan besar gunung di Alaska disahkan sebagai yang kedua tertinggi pernah direkodkan, menurut kajian saintifik terkini.

Kejadian yang berlaku pada musim panas lalu di sebuah fjord terpencil di tenggara Alaska menghasilkan ombak hampir 500 meter tinggi selepas kira-kira 64 juta meter padu batu runtuh ke dalam air dalam tempoh kurang seminit.

Walaupun kemusnahan dilaporkan, kejadian itu kurang mendapat perhatian ketika berlaku. 

Saintis kini mengesahkan ia berpunca daripada tanah runtuh besar yang mencetuskan gelombang gergasi berkenaan.

Penyelidik berkata waktu kejadian pada awal pagi mengelakkan bencana lebih buruk kerana tiada kapal pelayaran pelancong berada di lokasi ketika itu.

Menurut pakar geologi, kejadian itu dianggap sebagai satu insiden yang nyaris mencetuskan bencana besar dan memberi amaran bahawa risiko kejadian serupa semakin meningkat.

Kajian turut menunjukkan pencairan glasier akibat perubahan iklim menyebabkan struktur batuan menjadi tidak stabil, sekali gus meningkatkan potensi runtuhan dan pembentukan megatsunami.

Para saintis menggesa pemantauan lebih rapi di kawasan berisiko di Alaska, terutama apabila semakin ramai pelancong mengunjungi kawasan fjord yang indah tetapi berbahaya itu.
 

 

Must Watch Video