awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Megawati minta jumlah 17,000 pulau Indonesia dikira semula

Agensi
Agensi
09/06/2023
00:45 MYT
Megawati minta jumlah 17,000 pulau Indonesia dikira semula
Megawati Sukarnoputri meminta kerajaan menghitung semula jumlah 17,000 buah pulau yang ada di Indonesia agar dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk kehidupan masyarakat negara itu.
JAKARTA: Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDIP), Megawati Sukarnoputri meminta kerajaan menghitung semula jumlah 17,000 buah pulau yang ada di Indonesia agar dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk kehidupan masyarakat negara itu.
Permintaan Megawati itu dibuat berikutan ketika beliau menjawat jawatan Presiden Indonesia, jumlah sebenar pulau di negara itu didakwanya mencecah angka 22,000.
"Saya meminta penelitian ulang berapa sebenarnya pulau-pulau di seluruh Indonesia. Pada waktu itu (semasa memimpin Indonesia) sudah disebutkan sebenarnya bukan 17,000 tapi 22,000 pulau," kata Megawati ketika berucap pada Mesyuarat Agung PDIP pada Khamis.
Berdasarkan Undang-Undang Nombor 6 Tahun 1996 berhubung Perairan Indonesia, jumlah pulau di negara itu ditulis sebanyak 17,508 pulau.
Menurut Megawati, penilaian semula jumlah pulau di Indonesia amat penting untuk dilakukan semula berikutan kerajaan telah menetapkan pulau-pulau sebagai jalan masa depan.
Justeru, atas dasar itu juga, tegas beliau, ribuan pulau itu harus dimanfaatkan sebaik mungkin serta tata kelola pembangunan perlu diberi keutamaan.
"Pulau-pulau ini harus dimanfaatkan melalui politik tata ruang dan pembangunan koridor strategik,” kata beliau lagi.
Megawati pernah memimpin Indonesia sebagai Presiden pada 2001 hingga 2004. - Agensi
Topic Berkaitan
#17 ribu pulau
#Indonesia
#Megawati Sukarnoputri
#hitung semula pulau Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan