WASHINGTON:Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Mark Esper telah menyiapkan surat peletakan jawatan, ketika AS masih ternanti-nanti keputusan pemilihan presiden, lapor agensi Anadolu memetik NBC News,
Menurut NBC, tiga pegawai pertahanan yang masih bertugas berkata Esper menyiapkan surat itu "kerana beliau seorang pegawai Kabinet yang sudah sekian lama mahu disingkirkan selepas pilihan raya."
Ketua pertahanan itu telah lama tidak sebulu dengan Presiden Donald Trump, menurut beberapa laporan, perselisihan kedua-dua mereka termasuk dalam isu mengenai tindakan Trump menggunakan Pengawal Negara untuk menamatkan tunjuk perasaan baru-baru ini.
NBC News melaporkan Esper membantu anggota Kongres membuat perancangan menukar nama-nama pemimpin Gabungan dari pangkalan tentera.
Menurut pegawai itu, minggu ini, Esper memberikan kerangka bertulis kepada pemimpin Pentagon untuk menamakan semula pegawai dan mungkin juga nama kapal dan jalan di pangkalan tentera sebagai menghargai ketua atau pemimpin Gabungan.
Tindakan itu menyebabkan Esper berselisih pendapat dengan presiden.
Laporan berkenaan dibuat ketika AS menunggu keputusan pilihan raya yang akan menentukan siapa bakal menjadi presiden ke-46.
Calon Demokrat Joe Biden ketika ini mendahului dengan 264 undi elektoral manakala Trump dengan 214 undi, menurut ramalan The Associated Press (AP).
Disebabkan kiraan masih berterusan di negeri-negeri utama seperti Pennsylvania, Nevada, Georgia dan Carolina Utara, Biden kekurangan hanya enam undi elektoral daripada 270 yang diperlukan, menurut AP.
Pilihan raya diadakan untuk presiden, naib presiden, 35 daripada 100 senator dan semua 435 anggota Dewan Perwakilan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 06 2020

Mark Esper ketika berucap di Pentagon, Arlington, Virginia, 11 Sept, 2020. - Gambar fail REUTERS

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.
Dua maut, lima cedera selepas bas bawa pelajar terbabas
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok di lebuhraya antara negeri berhampiran bandar Wawayanda, Timur New York pada Khamis.
Sekolah ditutup, ribuan guru di Nepal turun protes
Sekolah-sekolah di Nepal terpaksa ditutup pada Jumaat berikutan lanjutan protes dalam kalangan guru di negara itu sejak rabu lalu. Puluhan ribu guru berhimpun di Kathmandu sebagai tanda bantahan mereka terhadap akta reformasi pendidikan yang dibentangkan di Parlimen negara itu.
Filipina keluar amaran kesihatan
Asap tebal di ibu negara Filipina pada Jumaat memaksa pihak berkuasa menutup sekolah di semua peringkat dan mengeluarkan amaran kesihatan yang didakwa disebabkan kegiatan aktif gunung berapi.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.

Amerika Syarikat kekal pelabur utama di Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungan baik dengan Amerika Syarikat telah lama terjalin dan akan diteruskan.

Pembunuhan pemimpin Sikh di Kanada, AS gesa India berkerjasama
Rumah Putih menggesa India pada Rabu agar "bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan Kanada terhadap pembunuhan seorang pemimpin pemisah Sikh di Kanada.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.6840/6880 berbanding dolar AS 4.6940/6980 ketika ditutup pada Selasa.

Kereta kebal Abrams bakal tiba di Ukraine - AS
Ukraine akan menerima kereta kebal Abrams tidak lama lagi, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin pada Selasa.

Serpihan jet pejuang hilang ditemui berhampiran pangkalan udara Carolina Salatan, AS
Pangkalan Bersama Charleston dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serpihan jet pejuang F-35 yang hilang di Carolina Selatan pada hujung minggu lalu ditemui di utara pangkalan tentera udara.

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.6940/6980 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6870/6915 pada Isnin.

12 orang Islam AS dalam pemantauan FBI saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 orang Islam Amerika, termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman pada Isnin bagi mengeluarkan nama mereka daripada senarai pemantauan rahsia FBI.

Irmohizam dilantik Ahli Lembaga Pengarah WTCA
Irmohizam yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association.

Amerika Syarikat, China gesa tingkat hubungan yang lebih stabil
Setiausaha Negara AS dan Naib Presiden China bertemu dalam "diplomasi bersemuka" untuk tangani perbezaan pendapat antara dua negara.

'BRI China vs Friend-Shoring AS, Malaysia harus bijak hidu peluang'
AS kini dilihat mula memperluaskan polisi Friend-shoringnya ke negara ASEAN, Vietnam pilihan utama khususnya dalam sektor semikonduktor