awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menang kes berebut batu angkasa

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2024
02:00 MYT
Menang kes berebut batu angkasa
Meteorit yang jatuh di tanah persendirian di Uppland, utara Stockholm pada 7 November 2020. - Foto agensi
STOCKHOLM: Seorang pemilik tanah di Sweden menang kes luar biasa di mahkamah melibatkan batu meteorit seberat 14 kilogram.
Keputusan berpihak kepada Johan Benzelstierna von Engeström selepas hakim Mahkamah Rayuan Svea mendapati objek angkasa itu sebagai 'harta tidak boleh dialih' dan menjadi sebahagian daripada tanah tempat ia dijumpai.
Tuntutan itu dibuat selepas meteorit itu jatuh di tanah persendirian di Uppland, utara Stockholm pada 7 November 2020.
Sebulan selepas itu, dua ahli geologi menjumpai objek tersebut dan menyerahkannya kepada Muzium Sejarah Semula Jadi di ibu kota.
Benzelstierna von Engeström kemudiannya mengemukakan rayuan di Mahkamah Daerah Uppsala pada Disember 2022, namun hakim memberi hak batu itu kepada dua individu, Andreas Forsberg dan Anders Zetterqvist yang membuat penemuannya.
Pada minggu lalu, Hakim Robert Green menyatakan meteorit itu wajar dianggap sebagai sebahagian daripada harta tidak boleh dialih seperti batu lain walaupun ia adalah sesuatu objek asing bagi bumi.
Undang-undang Sweden digelar sebagai 'Allemansraetten' memberi kebebasan bergerak selagi alam semula jadi dan haiwan 'dihormati'.
"Tetapi, ia tidak memberi hak kepada sesiapa untuk mengambil batu meteorit dari tanah milik orang lain. Tiada bukti ada perjanjian tentang hal itu seperti didakwa pihak yang membuat penemuan tersebut," jelas Mahkamah Rayuan itu dalam satu kenyataan. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Meteorit
#objek angkasa
#Johan Benzelstierna von Engestr m
#tanah persendirian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan