Menangguk di air yang keruh, PM Israel angkat penunjuk perasaan Iran sebagai 'hero'

Agensi
Januari 2, 2018 02:51 MYT
Tentunya ini masa terbaik untuk kritik kepimpinan Iran setelah sekian lama. - Gambar fail AP
Ternyata protes yang bertukar ganas di Iran ibarat bulan jatuh ke riba buat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Malah pemimpin Zionis itu berharap ketegangan yang berlaku akan memberi kemenangan kepada penunjuk perasaan.
Netanyahu nyata seakan mahu 'menangguk di air yang keruh'dan memanggil penunjuk perasaan itu sebagai hero kebebasan.
BACA: Protes Iran: Polis maut ditembak penunjuk perasaan
Baginya ini adalah masa terbaik untuk menyokong dakwaannya terhadap Iran yang dianggap sentiasa menyokong keganasan dan menentang dasar Israel.
Setakat ini lebih 13 terbunuh sepanjang lima hari protes yang berlangsung di Iran.
#air #Benyamin Netanyahu #Iran #Israel #keganasan #menteri #Perdana Menteri #protes #Yahudi #Zionis