[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Mendiang Stan Lee diraikan ratusan peminat, selebriti dalam majlis penghormatan

Agensi 31/01/2019 | 23:43 MYT
Stan Lee diingati kerana kreativitinya dan kemunculan khasnya dalam hampir kesemua filem Marvel. - Reuters
Legenda buku komik Stan Lee, yang menghidupkan fantasi adiwira dalam budaya popular menerusi watak-watak seperti Spider-Man, Iron Man, Hulk, Black Panther dan banyak lagi, diraikan dalam sebuah majlis penghormatan di Hollywood daripada ratusan peminat dan selebriti.
Lee, yang meninggal dunia pada November tahun lalu pada usia 95 tahun, telah menyaksikan hasil karyanya berubah menjadi watak-watak dalam filem yang mencatat keuntunngan besar.
Mendiang juga terkenal kerana sering membuat kemunculan khas (cameo) dalam hampir kesemua filem-filem tersebut.
BACA: 'Tiada siapa dapat gantikan Stan Lee! Ini luahan hati pasukan 'adiwira' sedunia
Sebagai penulis dan pengarang, Lee merupakan pencetus kepada kejayaan Marvel sebagai komik terhebat sekitar tahun 1960-an.
Mendiang bekerjasama dengan artis komik seperti Jack Kirby dan Steve Ditko untuk mencipta watak-watajk adiwira yang diminati serta dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sutradara Kevin Smith, yang dikenali kerana arahannya dalam filem seperti Chasing Amy dan Clerks, serta program televisyen Comic Book Men, bertindak sebagai hos majlis penghormatan itu di TCL Chinese Theater.
"Individu sepertinya tidak akan ada lagi selepas ini. Saya bukan semata-mata bercakap tentang professionalisme beliau melalui hasilkerjanya, malah memikirkan tentang seluruh semesta watak-watak yang diciptanya. Itu tidak akan dihasilkan lagi,” ujar Smith.
[GALERI FOTO] Legenda komik Marvel, Stan Lee, meninggal dunia
Aktor Wesley Snipes yang memainkan watak Blade, berkata: “Lee merupakan inspirasi kepada semua artis kreatif dan mengingatkan kita betapa kreativiti itu tidak akan terbazir begitu saja.”
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#adiwira #artis #Hollywood #komik #majlis penghormatan #Marvel #peminat #selebriti #Stan Lee