Sempena temasya Olimpik Rio Ogos ini, Brazil bukan sahaja bergelut menyediakan infrastruktur sukan, tetapi masih bertarung meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.

Persoalan besar yang sering timbul, apa langkah signifikan untuk mempercepatkan proses keluar dari kepompong kemiskinan.

Ini kerana satu daripada lima penduduk kota tercantik ini, tinggal di kawasan setinggan yang dikenali sebagai Favela.

Sama seperti masalah setinggan di seluruh dunia, kehidupan di sini sering dikaitkan dengan kedaifan dan aktiviti jenayah sehingga menakutkan sahaja terumatam pelancong luar untuk datang ke kawasan terbabit.

Satu daripada lima penduduk kota tercantik ini, tinggal di kawasan setinggan.

Rio, Hilal Azmi
Namun, penduduknya punya kemahiran terutama bidang seni dan perniagaan.

Seorang peniaga, David Bishop menyertai arus pemodenan dengan memanfaatkan dunia digital untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Beliau dilahirkan dan membesar dalam sebuah kawasan setinggan sekitar Gavea, Rio de Janeiro. Pernah menjadi nelayan, minatnya kepada bidang masakan menjadikan dia berusaha keras untuk membuka kedai makannya sendiri,

Sebagai peniaga, dia mahu mendapatkan pasaran baru.

Bishop berniaga, buka kedai makan dalam kawasan setinggan dan mahu dunia mengetahuinya.

“Saya mempunyai jatidiri yang kuat, saya mahu orang fahami kami dengan lebih baik. Saya percaya, dengan menghubungkan hidangan yang lazat serta reputasi yang baik, ia mampu meningkatkan kedudukan dalam legasi atas talian."

Hilal Azmi
Dengan mewujudkan identiti di platform online atau atas talian ini, ia juga membuka peluang kepada kawasan setinggan ini dikenali ramai.

"Dengan mewujudkan identiti online saya di Google Maps, ia memudahkan orang ramai tahu kewujudan kedai saya, dan banyak membantu orang ramai untuk datang ke kedai saya.

Dengan langkah mendigitalkan perniagaannya, secara tidak langsung dapat mengubah masa depan flavela ini.

“Saya percaya untuk memperbetulkan persepsi negatif ke atas kami (penduduk Favela) ialah dengan membawa mereka ke sini. Jadi, kami tidak membuat sebarang perkhidmatan penghantaran. Kerana ia akan hanya meningkatkan jurang antara penduduk di sini.

Bishop merupakan peniaga pertama dari kawasan setinggan ini yang mewujudkan identiti atas talian menggunakan aplikasi Google Maps.

Sejak 2014, sebanyak 26 kawasan setinggan di bandaraya Rio de Janeiro berjaya dipetakan dengan inisiatif Google bersama beberapa NGO tempatan.

Keadaan ini telah membantu lebih 3,000 usahawan kecil dan sederhana di kawasan berkenaan meningkatkan pendapatan mereka.