Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak mampu menahan diri dari ketawa selepas Menteri Pertaniannya, Alexander Tkachev mencadangkan agar daging babi dieksport ke negara Indonesia untuk meningkatkan pendapatan negara itu.
Cadangan dibuat sewaktu berlangsungnya mesyuarat kabinet semalam dan rakaman perbualan mereka sempat dirakam dan pantas tular di media sosial.
Menurut laporan portal berita Al-Arabiya pada Ahad, hal tersebut berlaku apabila Tkachev mencadangkan untuk meningkatkan industri eksport daging dengan menjadikan negara Jerman sebagai contoh di mana daging bagi telah dieksport ke beberapa negara seperti China, Jepun dan Indonesia.
Sumber: YouTube
Putin yang pada mulanya tersenyum dan menjelaskan Indonesia merupakan negara Islam, di mana penduduknya rata-rata tidak memakan babi
"Tetapi jika kita eksport, rakyat Indonesia akhirnya akan makan babi", Tkacev mencelah, menyangkal kata-kata Putin.
Namun, Putin berkata ‘ Tidak, mereka tidak makan babi’ lalu beliau menekup muka dengan kedua belah tangannya akibat tidak mampu menahan ketawa.
Video berdurasi selama 36 saat itu menimbulkan perbagai reaksi dari kalangan netizen. Antaranya adalah ‘Anda tidak dapat menyelindungi perasaan kemanusiaan Encik Putin’.
Idzham Mispan
Mon Oct 16 2017
Vladimir Putin tidak mampu menahan ketawa apabila disebut soal babi perlu dieksport ke negara Indonesia.- Sumber YouTube.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Menteri cadang eksport babi ke Indonesia, Putin tak mampu tahan gelak
Vladimir Putin tidak mampu menahan diri untuk ketawa selepas Menteri Pertanian Rusia, Alexander Tkachev menyebut soal khinzir perlu dieksport ke negara Indonesia.