awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Dalam Negeri Jepun, Minoru Terada letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2022
01:00 MYT
Menteri Dalam Negeri Jepun, Minoru Terada letak jawatan
Minoru Terada meletak jawatan pada Ahad selepas dikaitkan dengan beberapa skandal pendanaan. - Foto REUTERS
TOKYO: Menteri Dalam Negeri Jepun, Minoru Terada meletak jawatan pada Ahad selepas dikaitkan dengan beberapa skandal pendanaan.
Ini merupakan peletakan jawatan menteri ketiga dalam kabinet Perdana Menteru Fumio Kishida dalam tempoh kurang sebulan.
Terada mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Kishida selepas beberapa media tempatan melaporkan Perdana Menteri itu akan memecatnya tidak lama lagi.
Sebelum ini Terada dikaitkan dengan beberapa skandal pendanaan serta mengaku salah satu daripada kumpulan sokongannya telah mengemukakan dokumen yang didakwa ditandatangani individu yang telah meninggal dunia.
Kishida berkata, beliau menerima peletakan jawatan Terada bagi memberi tumpuan kepada perbahasan di Parlimen, termasuk perbincangan mengenai bajet tambahan kedua untuk tahun fiskal berakhir Mac.
Beliau turut berkata beliau ingin meminta maaf selepas tiga menteri kabinet beliau telah meletak jawatan sejak 24 Oktober lalu.
"Saya memikul tanggungjawab yang berat," katanya sambil memaklumkan pengganti Terada bakal diumumkan hari ini.
Media tempatan melaporkan Kishida dijangka mencalonkan bekas Menteri Luar, Takeaki Matsumoto sebagai pengganti.
Topic Berkaitan
#Minoru Terada
#letak jawatan
#Menteri Dalam Negeri
#Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan