awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kanak-Kanak Iceland letak jawatan selepas mengaku jalin hubungan dengan remaja ketika berusia 22 tahun

Agensi
Agensi
23/03/2025
00:50 MYT
Menteri Kanak-Kanak Iceland letak jawatan selepas mengaku jalin hubungan dengan remaja ketika berusia 22 tahun
Ásthildur Lóa Thórsdóttir mendedahkan, dia menjalin hubungan dengan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ketika usianya 22 tahun. - Gambar Facebook
MENTERI Kanak-Kanak dan Pendidikan Iceland meletakkan jawatan selepas mengaku mempunyai anak dengan seorang remaja lebih tiga dekad lalu, menurut laporan media Iceland.
Ásthildur Lóa Thórsdóttir mendedahkan, dia menjalin hubungan dengan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ketika usianya 22 tahun.
Thórsdóttir juga mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan sulit dengan remaja tersebut, lapor penyiar awam Iceland, RUV.
Dia melahirkan anak ketika berusia 23 tahun dan remaja tersebut berumur 16 tahun.
Thórsdóttir bertemu dengan remaja itu ketika bekerja sebagai kaunselor bagi sebuah kumpulan keagamaan, menurut penyiar tersebut.
Menurut kod penal Iceland, umur sah bagi hubungan seksual ialah 15 tahun.
Namun, adalah menyalahi undang-undang bagi orang dewasa untuk menjalin hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun sekiranya mereka berada dalam kedudukan mengajar atau mengawasi kanak-kanak tersebut.
Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun.
Lelaki itu memberitahu RUV, dia tidak pernah melihat dirinya sebagai mangsa dalam situasi tersebut, tetapi mengakui bahawa ketika itu dia menghadapi kesukaran dalam hidup dan mencari sokongan daripada kumpulan gereja.
Penyiar awam Iceland melaporkan hubungan mereka dirahsiakan.
Namun, remaja itu hadir ketika kelahiran anaknya dan pada awalnya dibenarkan berhubung dengan anak tersebut, tetapi hampir semua akses terputus sebelum anaknya mencapai usia setahun.
Bagaimanapun, dia diwajibkan membayar nafkah anak selama 18 tahun.
Bapa muda itu kemudian mendapatkan bantuan daripada Kementerian Kehakiman dan perkhidmatan keluarga gereja untuk bertemu anaknya, tetapi Thórsdóttir enggan memberinya hak lawatan, menurut penyiar awam Iceland.
Tidak lama selepas laporan RUV pada Khamis, Thórsdóttir meletakkan jawatan daripada jawatan menteri, lapor penyiar tersebut.
Dia, bagaimanapun, akan terus mewakili Parti Rakyat sebagai Ahli Parlimen.
Perdana Menteri Iceland berkata, Thórsdóttir telah bertemu dengan tiga pemimpin parti negara tersebut, namun keputusan untuk meletakkan jawatan adalah keputusannya sendiri, menurut RUV.
“Kami membincangkan pilihan yang ada bersama-sama dan mendengar penjelasannya dengan terperinci buat pertama kali dalam mesyuarat tersebut,” kata Perdana Menteri Kristrún Frostadóttir dalam sidang akhbar pada Jumaat, menurut laporan RUV.
Beliau turut menegaskan, Thórsdóttir bertindak pantas dengan mengambil tanggungjawab melalui peletakan jawatannya.
“Sudah tentu, ini adalah isu yang malang, tetapi ia tidak berkaitan dengan kerja kami,” kata Frostadóttir, sambil menambah pejabat Perdana Menteri belum selesai menyiasat perkara itu sejak ia dilaporkan seminggu yang lalu.
CNN telah menghubungi Thórsdóttir dan Kementerian Pendidikan dan Kanak-Kanak Iceland untuk mendapatkan komen. - CNN
Topic Berkaitan
#Menteri Kanak-Kanak Iceland
#letak jawatan
#hubungan sulit
#hubungan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan