RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran dan menuntut tindakan segera bagi menghentikan perbuatan ekstremis yang menyinggung perasaan umat Islam, lapor Xinhua.
Dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatan dari Sweden, Tobias Billstrom, pada Jumaat, Menteri Luar Arab Saudi itu berkata bahawa pembakaran al-Quran mencetuskan kebencian agama dan menjejaskan dialog.
Billstrom berkata Sweden turut mengecam perbuatan membakar al-Quran itu.
Diplomat Sweden itu turut menyuarakan kesedihan terhadap eksploitasi secara terang-terangan yang dilakukan sesetengah pihak terhadap perlembagaan Sweden.
Sweden akan berusaha mengambil langkah sewajarnya untuk menamatkan semua tindakan keganasan dan mencemarkan agama serta kitab suci, katanya.
Beberapa kejadian mencemarkan al-Quran berlaku di Sweden pada tahun ini.
Pada 28 Jun, seorang pelarian Iraq membakar naskhah al-Quran di luar masjid Stockholm dan pada 20 Julai dia bertindak memijak al-Quran di hadapan kedutaan Iraq di Stockholm.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Menteri Luar Arab Saudi itu berkata bahawa pembakaran al-Quran mencetuskan kebencian agama dan menjejaskan dialog. - Gambar/ Reuters
10 Berita Pilihan - (11 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 September 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Maritim Selangor gagalkan cubaan seludup keluar pendatang
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pendatang di sekitar perairan Pantai Tanjung Rhu, Kuala Langat awal pagi tadi.
Liek Hou mahu bantu bekas atlet kurang bernasib baik
Liek Hou mempunyai satu lagi perancangan untuk membelanjakan insentif kemenangan RM1 juta daripada SHAKAM yang bakal diterimanya susulan kejayaan meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tumpuan Khamis 12 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis tahan pengangggur, rampas lebih 60 kg bernilai RM203,632
Polis menahan seorang penganggur dan merampas ganja seberat 65.6 kilogram (kg) dianggar bernilai RM203,632 dalam dua serbuan di kondominium di Cheras dan Segambut, Khamis lepas.
Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi 1MDB sebelum 2014 - Mahkamah
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi yang didakwa salah antara 2009 dan 2014.
PM Anwar hadir majlis makan malam bersama kepimpinan kerajaan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam ini.
Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris
Pada 10 September, Donald Trump dan Kamala Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Denmark haramkan pembakaran al-Quran
Keselamatan negara menjadi 'sebab utama' pengharaman tersebut.
Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran
Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran.
Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan
Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu.
Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
Wanita kelahiran Iran bakar al-Quran di Stockholm
Bayrami Marjan mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu.
Menteri Luar Arab Saudi bantah perbuatan cemarkan al-Quran
Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran.
Negara-negara Islam keluarkan respons bersama terhadap penghinaan al-Quran di Eropah - Turki
Negara-negara Islam akan memberikan respons kolektif terhadap demonstrasi membakar al-Quran di Eropah baru-baru.
PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.
Jenayah kebencian bukan kebebasan ekspresi - Pakistan
Pakistan mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah al-Quran di Denmark.