KUALA LUMPUR: Menteri Luar Australia, Penny Wong dijadual melawat Malaysia pada Selasa (28 Jun) untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dan membangunkan perkongsian sedia ada untuk manfaat negara dan rantau ini.
Menteri kelahiran Malaysia itu berkata beliau dijadual bertemu rakan sejawatannya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan Kanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Saya akan mengulangi komitmen kami sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif dan membincangkan pemulihan ekonomi, tindakan iklim, hubungan pendidikan dan keselamatan kesihatan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Kenyataan itu turut disiarkan di laman sesawang rasmi Menteri Luar Australia.
Wong, 54, berkata beliau juga akan ke Sabah, negeri kelahirannya, sambil menambah wilayah itu sudah lama menjalin hubungan dengan Australia.
"Ia adalah wilayah tempat asal saya. Kota Kinabalu tempat saya membesar...saya sangat berbesar hati dapat kembali ke bandar ini sebagai Menteri Luar Australia," kata graduan Ijazah Undang-undang dan Seni dari Universiti Adelaide pada 1992.
Sebelum ke Malaysia, Wong akan singgah di Vietnam pada Ahad, dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Nguyen Xuan Phuc, Perdana Menteri Pham Minh Chinh dan Menteri Luar Bui Thanh Son.
"Lawatan itu menjelang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Australia dan Vietnam tahun depan, akan menumpukan pada kerjasama perubahan iklim, perkongsian perdagangan dan iltizam pelaburan serta sokongan berterusan Australia untuk pemulihan COVID-19 Vietnam," kata Wong.
Wong berkata lawatan ke Vietnam dan Malaysia adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan memanfaatkan peluang ekonomi yang dikongsi, mengukuhkan keselamatan serantau dan menangani isu perubahan iklim.
Lawatan ke kedua-dua negara itu adalah kunjungannya yang kedua ke Asia Tenggara sejak menjadi Menteri Luar sebulan lalu.
"Hubungan yang terjalin ini lebih daripada sekadar hubungan geografi- kami mempunyai hubungan erat di Vietnam dan Malaysia - keluarga, perniagaan, pendidikan dan pelancongan.
"Lawatan saya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ini, membina perkongsian sedia ada demi manfaat negara dan serantau," tambahnya.
Wong dipilih sebagai senator untuk Australia Selatan pada 2001, dan seterusnya mempertahankan kerusinya pada 2007, 2013 dan 2016. Pemilihan itu menjadikan Wong senator keempat paling lama berkhidmat di Australia.
Beliau juga mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pemimpin Kerajaan di Dewan Negara pada 2013, dan seterusnya Ketua Pembangkang di Dewan Negara selepas kekalahan partinya dalam pilihan raya 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Menteri Luar Australia, Penny Wong dijadual melawat Malaysia pada Selasa (28 Jun) untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dan membangunkan perkongsian sedia ada untuk manfaat negara dan rantau ini. - Foto AP
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Australia
Pada pertemuan itu mereka berbincang isu-isu kepentingan bersama termasuk kerjasama ekonomi, dasar luar dan perkembangan serantau.
Menteri Luar Australia Penny Wong adakan lawatan kerja ke Malaysia bermula Isnin
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula Isnin.
Lawatan ke Sabah umpama balik kampung - Penny Wong
Senator Penny Wong menyifatkan lawatan beliau ke Sabah tidak ubah seperti pulang ke kampung halamannya.
Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.
Menteri Luar Australia Penny Wong berkongsi sedikit asal usul kelahirannya di Malaysia
Wong dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1968 hasil perkahwinan antara ibunya kelahiran Australia dan bapanya rakyat Malaysia.
Pendidikan satukan Malaysia dan Australia sejak berdekad lalu - Penny Wong
Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong berkata, Malaysia kini menjadi tuan rumah bagi bilangan tertinggi universiti-universiti Australia di luar negara.
Menteri Luar Australia lawat Astro AWANI
Senator Penny Wong mengadakan kunjungan ke Astro AWANI sebagai tetamu khas dalam program Consider This.
Menteri Luar Australia adakan lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Selasa
Menteri Luar Australia Senator Penny Wong akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia mulai esok.
Menteri Luar Australia dijadual lawat Malaysia, Vietnam untuk perkukuh hubungan
Menteri Luar Australia, Penny Wong dijadual melawat Malaysia pada Selasa (28 Jun) untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dan membangunkan perkongsian sedia ada untuk manfaat negara dan rantau ini.