awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
Desak Muhyiddin undur: Ketua Bahagian Bersatu di Perak dipanggil Lembaga Disiplin
Rasuah wajar dilihat sebagai jenayah berat, setara dengan dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Saudi adakan lawatan pertama ke Syria sejak 12 tahun

Bernama
Bernama
19/04/2023
04:11 MYT
Menteri Luar Saudi adakan lawatan pertama ke Syria sejak 12 tahun
Presiden Syria Bashar al-Assad (kanan) menyambut ketibaan Putera Faisal di Damsyik, Syria, 18 April 2023. - Foto REUTERS
DAMSYIK: Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al Saud tiba di Damsyik petang Selasa, iaitu lawatan pertama Arab Saudi ke Syria dalam tempoh 12 tahun, lapor Xinhua memetik agensi berita kerajaan SANA.
Lawatan itu dibuat beberapa hari selepas Menteri Luar Syria Faisal Mekdad melawat Arab Saudi sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.
Semasa lawatan Mekdad ke Arab Saudi, perjanjian untuk memulihkan perkhidmatan konsulat dan menyambung semula penerbangan udara antara kedua-dua negara telah dimeterai.
Hal ini berlaku di tengah-tengah usaha Arab untuk memulihkan hubungan dengan Damsyik selepas perang Syria meletus pada 2011.
Minggu lalu, diplomat dari negara-negara Arab bertemu di Jeddah untuk membincangkan penyertaan semula Syria dalam Liga Arab, sambil menyifatkan penyelesaian politik adalah satu-satunya cara untuk menamatkan krisis Syria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Syria
#Putera Faisal bin Farhan
#Faisal Mekdad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan