awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Pertahanan Ghana antara lapan maut dalam nahas helikopter tentera

Agensi
Agensi
06/08/2025
22:50 MYT
Menteri Pertahanan Ghana antara lapan maut dalam nahas helikopter tentera
Helikopter Z9 milik tentera udara Ghana itu membawa beberapa pegawai kanan termasuk Menteri Pertahanan dan Menteri Alam Sekitar, Sains dan Teknologi sebelum terputus hubungan radar lebih awal pada hari kejadian. - Gambar FB African Report files
ACCRA: Menteri Pertahanan Ghana, Edward Omane Boamah dan tujuh lagi individu terkorban dalam nahas helikopter tentera pada Rabu, sekali gus disifatkan kerajaan sebagai satu tragedi besar buat negara.
Menurut kenyataan rasmi, helikopter Z9 milik tentera udara Ghana itu membawa beberapa pegawai kanan termasuk Boamah dan Menteri Alam Sekitar, Sains dan Teknologi, Ibrahim Murtala Muhammed sebelum terputus hubungan radar lebih awal pada hari kejadian.
“Kami merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga semua anggota kerajaan dan tentera yang terkorban ketika menjalankan tugas demi negara,” kata Ketua Staf Presiden, Julius Debrah, mewakili Presiden John Mahama.
Punca nahas masih belum didedahkan setakat ini.
Mangsa turut merangkumi tiga kru tentera udara dan dua lagi pegawai kanan kerajaan.
Boamah yang pernah memegang portfolio Menteri Komunikasi sebelum ini, baru sahaja dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada Januari lalu selepas Mahama kembali menerajui kerajaan.
Penggantinya nanti dijangka mewarisi tanggungjawab besar dalam menangani pelbagai ancaman keselamatan dalam dan luar negara.
Seperti beberapa negara pantai barat Afrika lain, Ghana kini berdepan risiko yang semakin meningkat daripada kumpulan militan di rantau Sahel.
Kumpulan bersenjata dari Mali dan Burkina Faso dilaporkan cuba menembusi kawasan selatan dan telah melancarkan beberapa serangan maut di kawasan sempadan.
Selain ancaman luar, Ghana juga berhadapan ketegangan dalam negara.
Bulan lalu, jurucakap Presiden memaklumkan, lebih ramai anggota tentera telah dihantar ke timur laut negara itu bagi mengawal konflik berlarutan berkaitan pertikaian jawatan ketua suku yang kembali memuncak termasuk serangan terhadap sekolah. - Agensi
Topic Berkaitan
#nahas helikopter tentera
#Menteri Pertahanan Ghana
#Edward Omane Boamah
#Presiden John Mahama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan