Skip to main content

Dunia

Xi tegaskan semula permusuhan di Asia Barat harus dihentikan segera

U.S. President Donald Trump speaks with Chinese President Xi Jinping while leaving after a visit to the Zhongnanhai Garden in Beijing, China, May 15, 2026. REUTERS/Evan Vucci
Xi membuat kenyataan itu ketika mengadakan rundingan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin yang sedang melakukan lawatan negara ke China. - AP

BEIJING: Presiden China Xi Jinping pada Rabu berkata situasi di rantau Teluk di Asia Barat kini berada pada titik kritikal antara perang dan keamanan dan semua permusuhan mesti dihentikan segera, lapor Xinhua.

Xi membuat kenyataan itu ketika mengadakan rundingan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin yang sedang melakukan lawatan negara ke China.

Xi menegaskan bahawa pertempuran semula mesti dielakkan dan yang paling penting ialah rundingan perlu diteruskan.

Konflik sekiranya ditamatkan lebih awal akan mengurangkan gangguan terhadap kestabilan bekalan tenaga, operasi rantaian industri dan bekalan serta susunan perdagangan antarabangsa, kata Xi.

“Saya mengemukakan empat cadangan bagi melindungi dan mempromosikan keamanan serta kestabilan di Asia Barat untuk terus membina konsensus antarabangsa, membantu meredakan keadaan, menamatkan permusuhan dan mempromosikan keamanan,” kata Xi lagi.

Mengenai hubungan China-Rusia, Xi menyeru agar pembangunan dan kebangkitan semula kedua-dua negara harus dipacu melalui penyelarasan strategik menyeluruh yang lebih berkualiti tinggi.

Xi, yang membuat ucapan itu di Dewan Besar Rakyat berkata keadaan antarabangsa kini berubah-ubah dan bergolak. “Unilateralisme dan hegemoni muncul semula, namun keamanan, pembangunan dan kerjasama kekal menjadi aspirasi rakyat serta trend utama zaman kita,” katanya.

“Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan kuasa besar dunia, China dan Rusia perlu mengambil perspektif strategik dan jangka panjang untuk memajukan pembangunan negara masing-masing melalui penyelarasan strategik menyeluruh yang lebih berkualiti serta berusaha menjadikan sistem tadbir urus global lebih adil dan munasabah’’, kata Xi.

Kedua-dua negara turut bersetuju pada Rabu untuk melanjutkan lagi Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Kejiranan Baik China-Rusia.

China dan Rusia menandatangani perjanjian itu 25 tahun lalu, sekali gus mewujudkan asas institusi bagi hubungan kejiranan baik jangka panjang, persahabatan dan penyelarasan strategik menyeluruh.

Sejak itu, hubungan dua hala mencapai perkembangan pesat, kata Xi.

Landskap antarabangsa kini sedang mengalami perubahan besar dan dunia berisiko kembali kepada “undang-undang rimba”, kata Xi. Dalam konteks itu, perjanjian kejiranan baik dan kerjasama persahabatan China-Rusia terbukti semakin maju, saintifik dan relevan.

China menyokong pelanjutan perjanjian itu dan akan bekerjasama dengan Rusia untuk terus menghormati semangat perjanjian serta memperkukuh penyelarasan strategik erat antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement