awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri-menteri Luar ASEAN bimbang peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara

Bernama
Bernama
12/06/2022
12:07 MYT
Menteri-menteri Luar ASEAN bimbang peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara
Menteri-menteri luar ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini. - Gambar fail/AP
JAKARTA: Menteri-menteri luar ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini.
Menurut satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman sesawang ASEAN, para menteri berkata perkembangan membimbangkan ini mencerminkan ketegangan di Semenanjung Korea semakin meruncing serta mengancam keamanan dan kestabilan di rantau ini dan di dunia.
Menteri-menteri luar ASEAN menggesa Korea Utara meredakan ketegangan dan mengelakkan segala tindakan yang mungkin memburukkan keadaan serta mematuhi semua Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.
Usaha diplomatik, termasuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sesi dialog antara semua pihak yang berkenaan harus kekal menjadi keutamaan.
Menteri-menteri luar ASEAN juga bersedia memainkan peranan membina, termasuk melalui penggunaan mekanisme yang diterajui ASEAN, seperti Forum Serantau ASEAN bagi mencari penyelesaian secara aman untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.
Korea Selatan dan Amerika Syarikat melancarkan lapan peluru berpandu permukaan ke permukaan pada Isnin sebagai tindak balas terhadap lapan peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara Ahad lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar ASEAN
#Ujian Peluru Berpandu
#balistik
#Korea Utara
#Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan