DUNIA
Merz jangka perbincangan tiga hala selepas pertemuan Zelensky-Trump

Mesyuarat tiga hala antara Trump, Zelensky dan Putin dijangka akan diadakan selepas pertemuan Trump-Zelensky di Washington. - Gambar fail
BERLIN: Canselor Jerman Friedrich Merz pada Sabtu berkata mesyuarat tiga hala dijangka diadakan susulan pertemuan antara Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Washington pada Isnin, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Canselor Jerman Friedrich Merz menjangkakan mesyuarat tiga hala antara Trump, Zelensky dan Putin akan diadakan selepas pertemuan Trump-Zelensky di Washington.
- Kerajaan Jerman, Britain dan Perancis akan membuat keputusan sama ada menghantar wakil ke mesyuarat di AS pada Ahad.
- Merz menegaskan tiada rundingan wilayah berlaku tanpa penyertaan Ukraine atau EU, dan Kesatuan Eropah akan terus terlibat dalam proses rundingan.
Mengulas mengenai sidang kemuncak Alaska pada Jumaat, Merz berkata di platform media sosial X bahawa "berita baik" apabila tiada rundingan wilayah berlaku antara Putin dan Trump tanpa melibatkan Ukraine atau Kesatuan Eropah.
Merz berkata rundingan akan diteruskan dan Kesatuan Eropah akan memainkan peranan dalam proses itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami