awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir jatuhkan bekalan makanan dari ruang udara Gaza

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2025
00:40 MYT
Mesir jatuhkan bekalan makanan dari ruang udara Gaza
Kementerian Pertahanan Mesir mendedahkan paparan rakaman pesawat tentera menjatuhkan bantuan kemanusiaan dari udara ke kawasan Gaza yang sukar diakses melalui darat. - Foto REUTERS
GAZA: Kementerian Pertahanan Mesir pada Rabu mendedahkan paparan rakaman pesawat tentera menjatuhkan bantuan kemanusiaan dari udara ke kawasan Gaza yang sukar diakses melalui darat.

Ringkasan AI
  • Mesir menjatuhkan bantuan kemanusiaan dari udara ke Gaza menggunakan empat pesawat tentera, menyasarkan kawasan yang tidak boleh diakses melalui darat akibat sekatan dan konflik berterusan.
  • Krisis kebuluran semakin meruncing, dengan lebih 150 kematian dilaporkan termasuk 89 kanak-kanak, manakala WHO memberi amaran tentang kebuluran besar-besaran di Gaza.
  • Israel menafikan niat menyebabkan kebuluran, dan mengumumkan langkah seperti penurunan bantuan dari udara serta pembukaan laluan selamat untuk membolehkan lebih banyak bantuan masuk.

Menurut kenyataan Kementerian itu, empat pesawat pengangkut tentera telah berlepas dari Mesir membawa beberapa tan bekalan makanan, yang kemudiannya dijatuhkan menggunakan payung terjun ke kawasan yang tidak boleh diakses melalui jalan darat.
Bekalan makanan di Gaza semakin berkurangan sejak Israel memutuskan semua saluran bekalan ke wilayah itu pada Mac lalu.
Dalam pada itu, krisis bekalan makanan semakin meruncing pada Jun dan Julai, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai masalah kebuluran besar-besaran, manakala imej kanak-kanak yang kurus kering mengejutkan masyarakat dunia.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan seramai 154 orang, termasuk 89 kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan, kebanyakannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini manakala pemantau kebuluran global pada Selasa menyatakan bahawa senario kebuluran kini sedang berlaku.
Sementara itu, Israel menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk menyebabkan kebuluran di Gaza dengan mengumumkan beberapa langkah untuk membolehkan lebih banyak bantuan masuk, termasuk menghentikan konflik di beberapa lokasi, menjatuhkan makanan dari udara dan menyediakan laluan lebih selamat.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Israel
#Gaza
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan