awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Trump dakwa kumpulan hartawan sedia beli TikTok, tunggu kelulusan China
DUNIA
Roket H2A terakhir Jepun berjaya dilancar
DUNIA
72 terbunuh dalam serangan Israel di Gaza, termasuk kanak-kanak dan penerima bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan pemulihan Gaza

Bernama
Bernama
29/06/2025
16:11 MYT
Sponsor Banner
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan pemulihan Gaza
Badr Abdelatty sekali lagi menegaskan penolakan Mesir terhadap pemindahan rakyat Palestin dari tanah mereka. - Reuters
KAHERAH: Menteri Luar, Imigresen dan Ekspatriat Mesir, Badr Abdelatty pada Ahad menekankan keperluan segera untuk menamatkan serangan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Dalam pertemuan dengan Christophe Bigot, Wakil Khas Kesatuan Eropah (EU) bagi Proses Keamanan Asia Barat, Abdelatty sekali lagi menegaskan penolakan Mesir terhadap pemindahan rakyat Palestin dari tanah mereka.
Abdelatty turut memaklumkan usaha Mesir dengan kerjasama Qatar dan Amerika Syarikat untuk mencapai gencatan senjata di Gaza, pertukaran tawanan dan tahanan, serta memastikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.
Beliau menarik perhatian terhadap situasi kritikal di Semenanjung Gaza berikutan bencana kemanusiaan yang berlaku dan halangan berterusan oleh Israel terhadap akses bantuan kemanusiaan.
Abdelatty menyatakan kesediaan Mesir untuk menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa mengenai pemulihan awal dan pembinaan semula Gaza sebaik sahaja perjanjian gencatan senjata dicapai.
Diplomat tertinggi Mesir itu turut menekankan perkembangan berbahaya di Tebing Barat, memberi amaran mengenai implikasi serius akibat operasi ketenteraan Israel yang berterusan di bandar dan kampung Palestin di wilayah itu.
Beliau menegaskan keperluan untuk menghentikan serangan berulang dan terang-terangan oleh peneroka Israel terhadap rakyat Palestin.
Abdelatty menyatakan harapan untuk menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa mengenai penyelesaian aman isu Palestin dan pelaksanaan penyelesaian dua negara yang akan dipengerusikan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.
Beliau menekankan kepentingan pengiktirafan antarabangsa yang lebih luas terhadap Palestin dan penubuhan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan 4 Jun 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur (Al Quds) sebagai ibu negara, sebagai satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berpanjangan di rantau itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#persidangan
#pemulihan gaza
#Gaza
#Palestin
#badr abdelaty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami