awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir tidak akan campur tangan konflik Sudan, desak gencatan senjata

Bernama
Bernama
18/04/2023
09:33 MYT
Mesir tidak akan campur tangan konflik Sudan, desak gencatan senjata
Abdel Fattah bagaimanapun menyatakan kesediaan Mesir untuk memainkan peranan positif demi keamanan, keselamatan dan kestabilan. - AP
ISTANBUL: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi pada Selasa berkata bahawa negaranya "tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Sudan dan akan meneruskan usahanya ke arah mencapai gencatan senjata."
"Apa yang berlaku di Sudan adalah perkara dalaman dan tidak boleh campur tangan," lapor Agensi Anadolu memetik al-Sisi dalam ucapan di televisyen semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Tentera Mesir.
Beliau menegaskan kesediaan negaranya untuk "memainkan peranan positif ke arah memulihkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Sudan."
"Adalah mustahak bagi pihak yang bertelagah untuk duduk di meja rundingan ... demi menyelamatkan Sudan daripada terus bergolak.
"Kami berhubung dengan tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) untuk menggalakkan gencatan senjata, membawa kepada rundingan untuk memulihkan kestabilan," katanya.
Tentera Mesir mengumumkan pada Sabtu bahawa tenteranya "menjalankan latihan bersama dengan rakan sejawat mereka di Sudan, dan penyelarasan sedang dijalankan untuk mengamankan kedua-dua pihak."
Al-Sisi menegaskan bahawa kehadiran tentera Mesir "mengikut protokol bagi latihan bersama dan bukan untuk menyokong atau berpihak menentang yang lain."
Pertempuran meletus pada Sabtu antara tentera Sudan dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitarnya.
Lebih 180 orang terbunuh manakala 1,800 cedera dalam pertempuran itu baru-baru ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#konflik Sudan
#keamanan
#urusan dalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan