ISTANBUL: Meskipun menerima pelbagai tekanan, Jepun pada Selasa tetap meneruskan rancangan memasukkan air laut ke dalam terowong saliran Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi untuk membebaskan air sisa radioaktif terawat ke laut, lapor Agensi Anadolu.
Rancangan itu telah mencetuskan bantahan kedutaan China di Tokyo selain daripada komuniti nelayan tempatan dan negara jiran.
"Kemudaratan akibat pelepasan air nuklear ke laut tidak dapat diukur," menurut kenyataan kedutaan China di Jepun.
Apabila diisi dengan air laut, terowong itu akan membawa air terawat dari loji ke satu titik kira-kira 1 kilometer di luar pesisir.
Sistem pelepasan air hampir siap, kecuali takungan yang akan menyimpan air terawat sebelum dilepaskan. Utiliti itu menyasarkan semua proses selesai pada akhir Jun.
Air yang digunakan untuk menyejukkan bahan api cair di kemudahan itu akan bergabung dengan hujan dan air bawah tanah. Air terkumpul akan dirawat untuk menghapuskan bahan radioaktif dan kemudian disimpan dalam tangki yang terletak di kawasan loji.
Kerajaan bercadang mencairkan air yang ditapis untuk menurunkan kepekatan tritium di bawah had dibenarkan yang ditetapkan oleh peraturan negara, lapor NHK.
Kedutaan China yang menggesa Jepun supaya tidak meletakkan generasi akan datang berdepan risiko.
Pengerusi Pihak Berkuasa Tenaga Atom China, Zhang Kejian, turut mengkritik tindakan Jepun yang "sangat tidak bertanggungjawab" itu.
Jepun tidak mengendahkan kebimbangan rakyatnya dan negara lain, tidak memberikan jawapan saintifik atau berunding dengan jiran dan pihak berkepentingan, katanya pada mesyuarat lembaga gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diadakan pada Isnin di Austria.
Kempen tandatangan telah dilancarkan di Korea Selatan minggu lalu untuk menentang tindakan itu, yang dimulakan oleh parti pembangakang iaitu Parti Demokrat.
Pengerusinya, Lee Jae-Myung, menyuarakan kebimbangannya selain mempersoalkan bagaimana presiden dan parti pemerintah boleh menyokong Jepun dan memberi mereka imuniti dan kebenaran untuk melepaskan air berbahaya yang tercemar nuklear ke lautan.
Jepun melancarkan pelan pelepasan air pada April 2021, mencetuskan kritikan besar-besaran daripada China, Korea Selatan, Korea Utara, negara kepulauan Taiwan dan badan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat menyokong cadangan itu yang dibuat selepas perbincangan bertahun-tahun mengenai cara untuk menyingkirkan lebih satu juta tan air terkumpul di kompleks nuklear Fukushima yang sudah tidak digunakan selepas gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011.
Jepun menjanjikan dana US$600 juta untuk komuniti nelayan tempatan yang turut menyuarakan bantahan terhadap langkah itu.
IAEA telah menjalankan penilaian terhadap cadangan kerajaan Jepun dan dijangka mengeluarkan laporan komprehensif selain berikrar untuk memberikan sokongan sebelum, semasa, dan selepas keseluruhan proses pelepasan.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Jepun meneruskan rancangan memasukkan air laut ke dalam terowong saliran Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi untuk membebaskan air sisa radioaktif terawat ke laut. - Gambar fail/Reuters

Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.
Suara Rakyat: Ribuan penduduk beratur beli beras RM1
Di sebalik isu kekurangan bekalan beras dan peningkatan harga barangan dalam negara, penduduk di daerah Manjung Lumut, Perak hari ini cukup bertuah.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNCHR, JKM
Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas dibongkar meminta sedekah.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
SPRM mungkin panggil Radzi Jidin - Azam Baki
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.

Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.

Lebih 20,000 penduduk di Nagasaki Jepun dinasihat berpindah akibat hujan lebat
Lebih 22,500 penduduk di wilayah Nagasaki Jepun dinasihatkan untuk berpindah berikutan hujan lebat melanda kawasan itu.

3 pelepasan tambahan sisa air radioaktif Fukushima dirancang sebelum Mac depan
Jepun akan melepaskan air tercemar tambahan daripada loji kuasa nuklear Fukushima yang musnah sebanyak tiga kali pada Mac depan, menurut kerajaan Korea Selatan pada Khamis.

Presiden Yoon, Kishida setuju realisasikan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China.

Persahabatan Antarabangsa: Jepun sekali lagi aibkan Jerman
Jepun membuktikan bahawa mereka pasukan yang lebih baik berbanding gergasi Eropah, Jerman, apabila membelasah tuan rumah Euro 2024 itu 4-1.

Nelayan, penduduk Jepun fail saman hentikan pelepasan air Fukushima
Sekumpulan 150 orang di Jepun, termasuk pekerja perikanan di wilayah Fukushima, memfailkan saman untuk menghentikan pelepasan air sisa nuklear dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi.

Negara-Negara Teluk sambung perbincangan perjanjian perdagangan bebas dengan Jepun
Menteri Oman berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada momentum baharu kerjasama antara keenam-enam negara Teluk dan Jepun.

Kes dera kanak-kanak di Jepun meningkat pada tahun 2022
Jumlah kes penderaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pusat perundingan kanak-kanak di seluruh Jepun mencecah rekod 219,170 pada tahun 2022.

Taufan Yun-yeung hampiri timur Jepun
Ribut Tropika Yun-yeung membawa hujan lebat serta petir di kawasan timur dan utara Jepun hingga Sabtu.

Pengetua sekolah di Perancis larang pelajar berpakaian kimono hadiri kelas
Pengetua sebuah sekolah menengah di Lyon Perancis mengarahkan seorang pelajar pulang kerana memakai pakaian tradisional Jepun, kimono.